banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

2 Matawang Utama Pada Sesi Asia Ini Melonjak!

2 Matawang Utama Pada Sesi Asia Ini Melonjak!

Matawang AUD dan JPY hari ini dibuka tinggi melihatkan para pelabur menantikan data harga pengguna daripada China untuk melihat perkembangan pembuatan dan perdagangan.

AUD/USD didagangkan pada harga 0.7650, naik sebanyak 0.9% manakala USDJPY turun ke paras 102.33, sebanyak 0.15%.

China merupakan rakan perdagangan utama Australia dan Jepun.

telegram-moshed

Sebelum data china dikeluarkan, data pinjaman rumah Australia akan dikeluarkan juga hari ini.

Indeks US Dollar yang menentukan kekuatan USD melihatkan berada di paras 95.04.

Matawang Greenback semalam menguat melawan matawang utama lain setelah data yang dikeluarkan menunjukkan laporan pengangguran turun ke paras terendah sejak 6 minggu dan setelah ECB mengumumkan tiada perangsang tambahan semasa mesyuarat dasr semalam.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat memberitahu penurunan kadar mereka yang tidak bekerja merupakan data yang positif buat Amerika Syarikat.

Bagi ECB pula, mereka meningkatkan jangkaan perkembangan ekonomi 2016 daripada 1.6% ke 1.7% namun menurunkan jangkaan 2017 daripada 1.7% ke 1.7%.

Mario Draghi menegaskan dasar kewangan sekarang berkesan dan tida sebarang perubahan akan berlaku melainkan jika perlu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register