Ni first entry blog post aku. Rasa pelik jugak sebenarnya bila guna bahasa diri ‘aku’ sebab sebelum ni banyak gunakan ‘saya’ bila bahasakan diri di online.

Tapi cuma nak beritahu pembaca di sini yang Moshed.com ni akan jadi blog personal aku. Ya personal. Ni sudut lain aku akan cerita tentang life aku.

Maybe related dengan entrepreneurship, mungkin relate dengan trading. Maybe tak relate langsung.

Ya sudut lain. Content yang aku tak akan tulis di sosial media.

Jadi kalau bahasakan diri aku rasanya lebih personal la kan.

Hari ini hari ke-19 PKP, Isnin, 6 April 2020 7.40 pagi mula menulis ni. Sebenarnya aku dah mula tak pernah kira dah hari ke berapa PKP ni bila dah mula expect semua ni confirm akan berlanjutan lama lagi.

Tadi baru aku tengok kalendar kira balik. Taktau betul ke tak.

Orang kata, kita akan lebih cepat move on dari semua ini bila kita dah mula terima hakikat. Aku mula accept semua ni hari ke-3 PKP walaupun banyak urusan masih berterabur.

Move on yang aku masukkan tu adalah move on counting days harapkan semua kembali normal, dah mula start rancang dan execute semua benda dari segi hidup, bisnes dan banyak lagi dengan situasi sekarang.

Bukan patah harapan, cuma adapt. Manusia adalah makhluk hebat ALLAH jadikan, sure akan boleh adapt apa jua condition. Cuma dari ALLAH semua kekuatan itu.

Life as entrepreneur? Ya, aku founder dan CEO kepada INTRADAY. Media company dalam pasaran kewangan. Team warga kerja currently 17 orang.

Nanti aku cerita lagi bab ni, life as entrepreneur.

Life as trader? Ya, lebih intense musim PKP, sebab lebih fokus bila tak masuk Moshed Tower dan tidak terganggu urusan luar, meeting dan sebagainya.

Masa tengah type blog post ni, position aku buka sebaik lepas subuh tadi tengah running profit USD400 lebih. Best! Nanti aku cerita banyak lagi bab ni.

Ok sebelum melalut lebih panjang. Nanti aku sambung lagi blog ni satu per satu. Banyak nak type sebenarnya. Tapi takpa lah.

End.

Nota kaki :

Coffee : Roma, Nespresso.

Currently listening to : I Don’t Care – Acoustic – Ed Sheeran.

 

8 KOMEN

    • Musim PKP ni dah tak buat kelas. Tak plan lagi bila lagi nak buat. Cumanya apa yang buat sebelum ni pun bukanlah kelas, tapi more on community/club. Bila dah join baru akan ada kelas sharing dan support unlimited.

  1. Saya rasa Abang moshed boleh buat video dari mula karier sebagai usahawan. sampai boleh ke tahap sekarang .saya follow setiap video abang sebab saya minat.terimakaish kerana berkongsi dan memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini