Hari ini aku pun dah tak kira Jumaat ke berapa dah aku tak pi solat. Rindu solat Jumaat.

Rupanya baru kita sedar, suasana hidup yang selama ini kadang-kadang kita komplen, itu tak kena, ini tak kena, yang kadang-kadang kita sedih dan merungut, rupanya semua tu dah habis seronok dah.

Hari ini dengar kata gov akan lanjutkan MCO. Memang confirm dah. Jangkaan aku maybe sampai 2021 ini kita semua akan hidup macam ni kalau reda semuanya.

Kalau tidak mungkin covid19 ni just jadi permulaan kepada fasa baru kehidupan bumi.

Kehidupan dan tamadun manusia mula evolve. Lain dari sebelum ini.

Bab MCO ni kadang-kadang bukan boleh fikir sangat. Macam-macam teori keluar. Boleh murung jadinya. Ha ha!

Pada waktu ni paling penting, kita dah mula boleh schedule rutin hidup. Yang mana asyik melepak relax tu, perlu plan sesuatu dah. Adapt!

Kita tak pernah tahu bila semua ini akan berakhir.

Ada jadual. Busy dengan rutin dapat ringankan beban otak yang mula fikir macam-macam.

Movie? Tak minat sangat.

Buat masa ini, bila ada masa lapang selain fokus bangunkan INTRADAY, dan trade forex hampir setiap hari, aku akan luangkan masa main game favourite masa Tingkatan 2 dulu.

Age of Empire 2. Sekarang dah ada versi baru. Definitive edition. Beli di steam.

Layann. Siapa nak join?

Nota kaki : Bila lah nak mula exercise kat rumah ni. Kahkah!

 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini