Gratitude note pada diri sendiri adalah salah satu cara untuk kembali sedar dan berpijak pada realiti.

Jika lihat ke atas sangat, kita akan rasa macam nak jatuh ke belakang.

Jika lihat terlalu bawah, kita akan rasa gayat.

Jadi cara terbaik adalah lihat di tempat mana kita berpijak.

Disaat ini, sosial media semakin penuh berita tentang risiko SME yang mungkin terpaksa gulung tikar mengharungi pandemik covid19.

Alhamdulillah, so far INTRADAY yang aku bangunkan secara rasmi bermula tahun 2015 tanpa fund mana-mana pihak, bootstrap company, dapat kekal utuh mengharungi ‘the new normal’ musim PKP.

Syukur kepada ALLAH, Maha Pemberi Rezeki.

Aku juga bersyukur yang model bisnes INTRADAY so far tidak terkesan secara teruk bila cuba adapt PKP ini.

17 Orang team tidak terkesan. Masih continue bayar gaji macam biasa pada setiap bulan termasuk bulan ini dan inshaALLAH akan datang.

Cumanya perlu adapt dan berevolusi kepada ‘the new normal SOP’ yang akan dirangka sedikit masa lagi untuk semuanya lebih smooth.

Bulan ini juga genap 5 tahun perjalanan aku dalam membina aset media digital ini.

Semoga terus mencapai “10 year vision” akan datang.

Alhamdulillah.

 

 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini