Share This Post

Artikel Umum

23 Buah Negara Yang Mempunyai Pekerja Paling Gembira dan Setia di Dunia!

23 Buah Negara Yang Mempunyai Pekerja Paling Gembira dan Setia di Dunia!

Universum, iaitu satu badan yang mengeluarkan Indeks Kebahagiaan Tahunan untuk mengukur tahap kebahagiaan tenaga kerja di seluruh dunia.

Firma penjenamaan pekerja itu meninjau lebih daripada 200,000 orang professional di 57 buah negara di dunia.

Antara faktor yang dikaji di dalam ranking ini termasuklah kadar kepuasan pekerja, kesediaan untuk mengesyorkan majikan semasa dan kemungkinan individu dalam menukar pekerjaan bagi tempoh masa terdekat.

telegram-moshed

10 tangga teratas ranking dikuasai oleh negara-negara Eropah. Walaupun begitu, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak tersenarai dalam kedudukan 10 teratas carta kerana masing-masing menduduki tangga ke-36 dan 32 di dunia daripada senarai keseluruhan.

Antara yang menduduki tangga 20 teratas termasuklah:

  1. Brazil

Perlembagaan Brazil amat menetapkan syarat yang begitu menyenangkan pekerja-pekerja di sana. Syarat ini termasuklah jam pekerjaan tidak boleh melebihi 44 jam seminggu dan kerja lebih masa tidak boleh melebihi 2 jam sehari.

  1. Kolumbia

Negara ini merupakan antara negara yang pesat membangun di dunia, terutamanya dalam sektor teknologi. Ini bermakna, lebih banyak peluang pekerjaan tersedia untuk rakyat disana.

  1. Sepanyol

Menurut laporan daripada Institut Polisi Kekeluargaan Sepanyol, individu di sana bekerja paling panjang di Eropah. Walaupun begitu, waktu yang panjang ini langsung tidak menjejaskan kebahagiaan mereka di tempat kerja.

  1. Singapura

Walaupun Singapura tidak menetapkan sebarang gaji minimum untuk pekerja di sana, pekerja masih boleh menikmati beberapa faedah lain termasuk keadaan tempat pekerjaan yang baik serta gaji yang kompetitif. Mereka juga menerima tambahan elaun cuti umum.

  1. Perancis

Undang-undang Pekerjaan di Perancis bersifat tegas dalam memastikan kesejahteraan pekerjanya. Syarikat di sana mesti memberikan lima minggu cuti berbayar dan elaun perkahwinan.

  1. Bulgaria

Undang-undang pekerjaan di Bulgaria telah melalui proses penambahbaikan bagi melindungi hak-hak pekerja agar mempunyai masa untuk bersosial dan bercuti, namun tetap dibayar gaji.

  1. Romania

Keselamatan pekerja merupakan faktor penting di Romania. Faktor ini antara yang telah menambat hati pekerja-pekerja di sana untuk kekal setia bersama syarikat masing-masing.

  1. Mexico

Waktu pekerjaan yang tidak dikawal selia di Mexico tidak menghalang mereka menikmati kerja mereka. OECD Better Life Index juga mendapati bahawa Mexico lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka daripada negara-negara lain.

  1. Switzerland

Negara ini merupakan antara negara yang mempunyai kepuasan pekerjaan paling tinggi di dunia. Firma perundingan Jerman iaitu Geva Institute memuji suasana tempat pekerjaan dan peluang untuk memajukan di negara ini.

  1. Jerman

Negara ini merupakan sebuah negara yang mempunyai kuasa perindustrian terbesar di Eropah. Pekerja di negara yang mempunyai ekonomi yang terkukuh di dunia ini hanya mempunyai jumlah waktu bekerja yang terhad dalam masa sehari.

  1. Republik Czech

Pekerja yang setia di negara ini mungkin terlahir daripada ciri tradisional masyarakat disana yang suka menetap di sesuatu tempat. Kehidupan mereka juga tidak terlalu didorong oleh kerja yang berpangkat atau kejayaan dalam sesebuah kerjaya.

  1. Hungary

Walaupun hanya sebuah negara kecil, pekerja di sini diiktiraf sebagai sebuah negara yang mempunyai pekerja paling gembira di Eropah Timur.

  1. Belgium

Negara ini memperbaiki kedudukan tahun lepas dan berada dalam kelompok 10 teratas sudah cukup membanggakan buat Belgium. Pekerja disini mempunyai tahap kepuasan kerja paling tinggi di dunia selain menganggap pekerjaan sebagai tanggungjawab utama mereka.

  1. Finland

Dalam satu laporan daripada Suruhanjaya EU menunjukkan bahawa hanya 4.7 peratus daripada individu di sini tidak berpuas hati dengan kerja mereka.

  1. Belanda

Negara ini mempunyai garis panduan yang ketat untuk sektor pekerjaan kerana mereka menganggap kerja sebagai sesuatu yang memenatkan. Jam pekerjaan maksimum adalah sebanyak 9 jam sehari dan 45 jam seminggu.

  1. Austria

Austria antara negara yang mempunyai gaji yang tinggi, beserta cuti sehingga 5 hari seminggu. Pekerja wanita di sana juga mendapat cuti bersalin dengan sangat lama sehingga sejak 8 minggu kehamilan dan 8 minggu selepas kelahiran.

  1. Sweden

Negara ini amat mementingkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan. Rakyat di sana juga hanya bekerja 6 jam sehari. Hanya 1% daripada rakyat Sweden bekerja lebih daripada 50 jam seminggu.

  1. Costa Rica

Negara ini merupakan satu-satunya negara Amerika Selatan yang menduduki tangga 10 teratas. Costa Rica mencipta lebih banyak pekerjaan dalam sektor pelancongan dan eksport tanaman.

  1. Norway

Negara ini mendapat markah 9 daripada 10 dari segi faktor keselamatan di dalam OECD Better Life Index.

1.Denmark

Negara ini meningkat daripada tahap 4 teratas yang pernah dicatat tahun lepas. Majikan di Denmark mengutamakan kebahagiaan pekerja dengan mengekalkan kuasa sama rata dalam kalangan ahli syarikat. ini bermakna setiap individu dalam pasukan mempunyai hak dan kuasa sama rata sama seperti pasukan pengurusan atasan.

 

Tenang. Ringgit Tidak Akan Merosot : Pakar Ekonomi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register