Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

3 Berita Terpenting Untuk Minggu Ini

3 Berita Terpenting Untuk Minggu Ini
  1. Laporan NFP Julai

Jabatan Buruh akan mengeluarkan laporan NFP Julai pada 8:30 PM pada Jumaat ini.

Data dijangka menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sebanyak 175 000 yang sebelum ini disusuli oleh peningkatan sebanyak 287 000 pada bulan Jun lepas. Kadar pengangguran juga dijangka kekal dalam 4.9% dan purata pendapatan setiap jam juga akan naik 0.2% selepas berlaku kenaikan 0.1% pada bulan yang lepas.

Laporan pekerjaan yang positif menunjukkan ekonomi yang bertambah baik dan boleh membantu ke arah kenaikan kadar faedah di bulan-bulan seterusnya. Jika sebaliknya pula berlaku, akan terdapat ketidaktentuan di pasaran dan mungkin juga menjadi penyebab ke arah dasar kewangan yang lebih ketat.

telegram-moshed
  1. Dasar Bank Of England (BoE)

BoE akan mengumumkan keputusan dasar dari minit Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan dan laporan suku inflasi pada 7:00PM pada hari khamis.

Menurut laporan pakar ekonomi Reuters pada 26 Julai, mereka menjangkakan BoE akan memotong penanda aras dasar faedah dari 0.50% ke 0.25% tetapi ini mungkin tidak akan menggalakkan program pembelian bon secara besar-besaran buat masa ini.

Selain dari itu, terdapat juga ura-ura untuk pelonggaran selepas Gabenor BoE membuat kenyataan kemungkinan akan memotong dasar faedah dan kebarangkalian pertambahan stimulus diperlukan pada musim panas nanti bagi mengimbangi ekonomi akibat keputusan UK meninggalkan European Union (EU).

3. Dasar Reserve Bank of Australia (RBA)

Keputusan RBA terkini akan dikeluarkan pada hari selasa 12:30 PM. Kebanyakkan pakar ekonomi menjangkakan pemotongan dasar faedah sejauh 1.50% dari asal iaitu 1.75% untuk menggalakan ekonomi yang agak perlahan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register