banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

3 Dollar Komoditi mungkin akan melihat pemotongan interest rate Ogos nanti

3 Dollar Komoditi mungkin akan melihat pemotongan interest rate Ogos nanti

Pada minggu lepas setelah mengekalkan interest rate, Reserve Banks of New Zealand dan Australia mengeluarkan kenyataan berkemungkinan akan memotong interest rate dan dijangka pada bulan Ogos.

RBNZ menyatakan dengan jelas berikutan penilaian ekonomi yang ‘special’.

Mereka berkata pelonggaran dasar kewangan diperlukan kerana kuatnya matawang menyebabkan inflasi menurun dan akan menyebabkan dagangan antaranbangsa terjejas.

telegram-moshed

Mereka melihat banyaknya ketidakpastian di sekitar NZD yang kuat akan menyebabkan mereka sukar untuk mencapai matlamat inflasi dan penurunan exchange rate diperlukan.

Memberi respon kepada komen ini, pakar ekonomi memberitahu bahawa mereka menjangkaka akan ada pelonggaran dasar kewangan daripada RBNZ untuk Ogos dan November.

Sementara NZD melemah dengan terhad, dijangkakan matawang tersebut akan terus melemah.

Manakala bagi Reserved Bank of Australia pula, dalam mesyuarat terakhir mereka apa yang diberi perhatian adalah data inflasi, pekerjaan dan perumahan.

Ketiga-tiga data ini akan diutamakan dalam penilaian ekonomi dan bagi membuat sebarang perubahan kepada dasar kewangan.

Mereka juga berkata kekuatan AUD akan menyebabkan masalah dari segi keseimbangan ekonomi dan inflasi akan berada di bawah paras purata yang memungkinkan pemotongan interest rate pada Ogos nanti.

Untuk minggu akan datang angka inflasi Australia akan memainkan peranan penting untuk jangkaan pelonggaran dasar kewangan.

USD/CAD pula didagangka dengan tinggi pada minggu lepas, melihatkan harga naik dan turun berdasarkan kepada kekuatan US Dollar dan juga harga minyak mintah.

Data jualan runcit dan harga pengguna yang dikeluarkan pada hari jumaat adalah lebih baik daripada yang dijangkakan.

Walaubagaimanapun kesan data tersebut mempunyai kesan yang terhad terhadap CAD kerana harga minyak mentah yang menurun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register