3 Perkara Penting Presiden Baru US Perlu Buat Untuk Ekonominya

0 2

Pada pendapat Jamie Dimon, CEO bank terbesar di US, siapa yang menjadi presiden US yang seterusnya tidaklah begitu penting.

Sebaliknya, Dimon lebih mementingkan akan tindakan presiden baru nanti dalam menguatkan ekonomi US.

Baginya, pertumbuhan ekonomi US sepatutnya bergerak dengan lebih pantas dari yang sedang berlaku sekarang. Pertumbuhan untuk 2016 masih dalam 1% dan CEO JPMorgan Chase (JPM) ini yakin ekonomi boleh naik sehingga 4% iaitu dua kali ganda dari kadar pertumbuhan beberapa tahun sebelum ini.

Apa yang perlu dilakukan presiden baru US nanti untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi adalah beliau perlu membuat :

  1. pembaharuan imigresen,
  2. memperkemaskan perbelanjaan infrastruktur
  3. merendahkan cukai bagi perniagaan.

Buat masa ini rakyat US masih lagi beli, beli dan beli, menunjukkan ekonomi di Amerika masih lagi kuat.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa