728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi

3 perkara Pro dan Kon mungkin berlaku kepada rakyat Scotland dan wang mereka jika merdeka

Tinjauan terkini menunjukkan rakyat Scotland berpeluang cerah untuk mengundi keluar dari kesatuan Britain, memansuhkan Akta 1707 Akta Kesatuan, dan menjadi sebuah negara merdeka apabila perkara itu dikemukakan pada referendum yang dijadualkan berlangsung pada 18 September depan. Namun apa implikasi yang mungkin terjadi kepada matawang mereka setelah merdeka? Berikut kemungkinan yang terjadi:

1. Mewujudkan Pound Scotland

Dari segi ekonomi , pilihan yang paling masuk akal dan mungkin bagi sebuah negara Scotland yang merdeka adalah mempunyai Bank pusat dan mata wang sendiri yang bebas berdagang di pasaran global. Lain-lain negara maju kecil (Norway,Iceland,Sweden,) telah berjaya melakukannya sebelum ini. Scotland Pound juga bakal menjadi lebih berharga jika terdapat peningkatan dalam eksport minyak negara tersebut.

telegram-moshed

Walaubagaimanapun, mewujudkan mata wang baru adalah berisiko kerana tiada rekod prestasi, kemungkinan terjadi salah urus akan memburukkan lagi keadaan sehingga mampu memusnahkan nilai simpanan semua orang. Calon-calon dari parti pro-kemerdekaan juga tidak meletakkan isu mewujudkkan matawang baru ke dalam manifesto mereka.

2. Sertai Euro

Menyertai Euro mungkin jalan paling mudah bagi kerajaan baru Scotland kerana mereka tidak perlu bersusah payah mewujudkan matawang baru. Keahlian Euro juga akan menghapuskan banyak kelemahan-kelemahan kecil yang timbul setelah merdeka. Matawang Euro juga diterima secara meluas dikebanyakan negara eropah.

Implikasi buruknya pula ialah, zon Euro sering dilanda malapetaka ekonomi yang besar. Contoh terdekat adalah negara Ireland yang harus dijadikan sebagai amaran. Sebelum krisis kewangan melanda, kadar pengangguran Ireland dan UK adalah sama. Tetapi oleh kerana krisis, UK telah berjaya menggunakan dasar monitari fleksibel untuk memastikan kadar pengangguran kekal walaupun rekod pertumbuhan yang kurang baik. Manakala pengangguran di Ireland telah melonjak ke paras yang buruk jauh di atas paras UK. Pada masa ini euro adalah sangat tidak popular di United Kingdom, dan seterusnya calon-calon pro-kemerdekaan tidak berkempen pada ahli zon euro. Sebaliknya, mereka berhujah bahawa mewujudkan sebuah negara baru tidak memerlukan orang-orang Scotland untuk mula menggunakan wang baru.

3. Kekal kepada Pound Sterling

Calon dari parti Pro-Kemerdekaan Scotland Alex Salmond mempunyai jawapan mudah untuk soalan mata wang-Scotland akan terus menggunakan Sterling. Manakala parti-parti yang menentang kemerdekaan pula berhujah perkara ini tidak mungkin dapat berlaku, tetapi mereka sukar membuktikannya. Ambil contoh mudah, Panama,Ecuador,El Salvador yang telah secara unilateral mengguna pakai Dollar AS sebagai matawang mereka selepas mendapat kemerdekaan.

Namun pemerhati asing berpendapat, kebergantungan Scotland pada Sterling akan mewujudkan masalah yang sama seperti yang berlaku dalam zon Euro. Ia mungkin akan menjadi lebih buruk kerana pelbagai faktor dalaman yang mungkin berlaku.

scotland_2715100b

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register