3 Sebab Terbesar Kenapa Ramai Trader Forex Gagal Capai Matlamat

0 1,070

Perkara paling penting yang banyak kita bincangkansebelum ini adalah perlunya seseorang trader fokus kepada proses dan menghormati proses dalam trading berbanding profit.

Proses adalah langkah-langkah, tindakan dan halangan yang perlu anda ambil dan lalui sebelum menjadi seorang trader yang mampu menjana profit dengan konsisten. Proses yang dijalani oleh trader berjaya, menjadikan mereka seorang yang optimis dan yakin dengan kemampuan diri sendiri dan tidak mudah goyah dengan halangan atau kerugian yang dihadapi.

Tetapi untuk menjadi seorang trader yang berjaya bukanlah satu perkara mudah. Ada juga trader yang sudah berkecimpung lebih dari setahun masih pada takuk sama. Tiada kemajuan dari segi trading dan ilmu.

Jika anda merasakan prestasi trading anda di takuk sama dan tidak meningkat, mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang. Jom kita lihat satu per satu.

#1 Anda Tiada Perancangan Yang Rapi

Matlamat tanpa perancangan hanyalah mimpi. Ini tidak sama seperti azam yang anda tetapkan setiap kali tahun baru, tulis azam hari ini dan esok terus dilupakan.

Benda simple seperti mengubah stoploss dan keluar terlalu awal dari posisi trading atau bertahan dengan floating loss adalah kesilapan disebabkan tiada perancangan rapi dalam trading. Di sinilah anda perlu mempunyai perancangan yang konkrit dari sekecil-kecil berapa lot nak letak sehinggalah kepada pengurusan dagangan selepas meletakkan posisi.

Tetapkanlah matlamat anda dan senaraikan langkah dan tindakan yang anda perlu ambil untuk mencapai matlamat. Dapatkan nasihat daripada trader-trader berpengalaman.

#2 Anda Tidak benar-benar Berusaha

Walaupun dah ada perancangan rapi dan anda hairan kerana masih gagal mencapai matlamat. Ini adalah kerana anda tiada usaha berterusan dalam setiap posisi trading yang diletakkan. Anda tidak aktif memikirkan prestasi dagangan.

Anda tahu ada beberapa perkara yang perlu dipelajari dalam analisis fundamental, tetapi kemalasan menyebabkan anda mengambil masa yang lama untuk mula belajar tentang perkara itu. Contoh lain adalah, walaupun dah lama menggunakan akaun demo tetapi anda asyik bertangguh untuk mula trade akaun-real. Anda asyik bertangguh.

#3 Tidak Meneliti Kemajuan Trading Dari Masa ke Semasa

Sebab utama matlamat tidak dapat dicapai adalah anda tidak meneliti prestasi anda dari masa ke semasa. Berapa lama dalam trading? Apakah kekuatan anda dalam trading? Apa kelemahan? Apa yang perlu ditingkatkan? Apa yang perlu ditajamkan? Di sinilah buku ‘trading journal’ perlu memainkan peranan untuk mencatat segala perkara tentang diri anda dalam forex trading.

Selalulah kaji jurnal tersebut supaya anda sentiasa sedar di mana kedudukan anda ketika ini.

Ingatlah trading adalah larian jarak jauh dan bukannya pecutan. Jika anda mahu bertahan lama dalam industri ini, anda perlu mengatasi masalah dan isu yang anda hadapi dalam trading dari masa ke semasa. Ia adalah proses berterusan!

Akhir sekali, semoga berjaya kepada anda semua!

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa