Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

3 Syarikat Penerbangan Ini Mengalami Kerugian Yang Sangat Besar!

3 Syarikat Penerbangan Ini Mengalami Kerugian Yang Sangat Besar!

Walaupun jumlah penumpang meningkat dan harga minyak turun, 3 syarikat penerbangan terbesar China dilapokan mengalami kerugian sebanyak $1.3 juta berikutan daripada kekalutan matawang tahun ini melihatkan CNY lemah. Pun begitu jumlah kerugian semakin berkurang.

Air China Ltd. Mungkin rugi hampir 3 juta yuan kesan daripada tukaran matawang, China Southern Airlines Co. dengan penumpang paling ramai pula bakal melihat kerugian sebanyak 4 juta yuan dan China Eastern Airlines Corp mungkin kerugian sebanyak 1.5 juta yuan.

Minggu ini kesemua syarikat penerbangan akan mengumumkan keuntungan mereka.

“Devaluasi Yuan meningkatkan kerugian tukaran matawang dan ia meningkatkan kos kepada syarikat penerbangan. Pun begitu Yuan dilihat kembali stabil dan suku tahun kedua dilihat lebih baik” kata Castor Pang, ketua kajian Core-Pacific Yamaichi Hong Kong.

Matawang Yuan telah melemah sebanyak 2.3% melawan USD dalam tempoh 6 bulan sehingg Jun, menjadikannya matawang paling teruk penurunannya bagi Asia.

Dijangkakan Yuan akan terus melemah sehingga 2% sehinggalah ke penghujung 2017.

Saham Air China dan China Eastern menurun sebanyak 0.7% dan 5% tahun ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!