728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

3 Tips Untuk Dapatkan Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex

3 Tips Untuk Dapatkan Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex

1. Modal yang Sesuai
.
Apa sahaja berkenaan duit, mesti ramai yang marah. Barang naik harga, ramai yang marah. Orang pinjam duit tak bayar, ramai yang marah. Duit kena curi, ramai yang mengamuk. Kena tipu dengan skim cepat kaya, lagi lah orang mengamuk betul tak? 😛 Pendek kata, ramai manusia tidak dapat kawal emosi apabila dikaitkan dengan duit. Jadi untuk kawal emosi, permulaan kita kena kawal penyebab emosi iaitu kawal duit dengan Mula Trade dengan Modal yang Sesuai!

Kenapa perlu ada modal yang sesuai? Agar anda tak menggelabah bila order anda kena Stop Loss. Agar anda dapat follow rules yang ditetapkan. Apabila dapat sediakan modal yang sesuai untuk trade forex, jadi anda dapat sediakan target trading yang reasonable, iaitu yang logik. 10% atau 20% sebulan, untuk upgrade hidup. Bayar duit kereta, bayar bil eletrik, bil telefon dan sebagainya. Bukan dengan USD100, nak trade jadikan 10K dalam masa sebulan. Jika anda dapat buat begitu, itu hanyalah rezeki yang Tuhan nak bagi secara sengaja. Orang panggil bertuah! Kalau tidak anda akan kekal menjadi “mat depo” dan mula mengatakan Forex ini menipu!

2. Cari Teknik yang Sesuai dan Praktis Guna Demo Akaun

telegram-moshed

Siapa guna akaun demo, sila angkat tangan! Maksud saya guna akaun demo secara betul-betul, trade dengan ada jurnal, catitan dan follow rules trading. Banyak broker sediakan akaun demo tetapi ramai yang tak sabar-sabar dan manfaatkan demo akaun tersebut. Sepatutnya guna akaun tersebut untuk test trading skill anda. Cuba bertahan guna demo dalam 3 bulan.

Saya ingat lagi pada tahun 2012, saya ada mengalami kerugian trading yang telah menelan 50% dari modal trading saya. Saya stop dulu trade real. Saya guna demo, cari balik rentak, seolah-olah trading real. Untuk cari rentak balik, saya buka akaun demo, dan hampir 5 akaun demo saya habis 50% dari modal juga, sebelum saya jumpa teknik yang saya apply guna pada akaun demo yang dapat maintain 2 bulan profit. Baru saya kembali ke real trading dan start fresh bersama teknik yang dah diperbaiki.

Forex ini kadang-kadang market tu berubah trendnya,berubah rentaknya. Jadi bila berubah, kita perlu cari teknik yang dapat adapt dalam hal ini. Orang kata , ” if you can’t change direction of wind, adjust your sails to reach your destination.”

Ramai orang merungut, demo akaun tak ada feel, tetapi bila rugi duit real dalam forex, kata forex ini menipu pula. He he. Janganlah buka akaun demo, install dalam handphone dan rasa nak buy masuk buy, rasa nak sell masuk sell, main hentam keromo sahaja trade. Tiba2 untung banyak akaun demo terus rasa nak cuba akaun real, memang tak ada feel lah jawabnya. Sepatutnya akaun demo tu buat betul2 macam trade akaun real, ada jurnal dan sebagainya. Kalau teknik praktis pun tak dapat kawal, jangan harap untuk kawal emosi ketika trading.

 

cant-change-direction-of-wind-adjust-your-sails

 

3. Suasana yang sesuai

Jika ada bilik lebih dirumah, dan rasa ingin betul-betul serius dalam trading walaupun secara part-time, sediakan satu bilik trading. Tak perlu hebat-hebat, just ada kerusi dan meja letak PC atau laptop, dah cukup untuk jadi meja trading. Nanti dah profit banyak boleh design meja trading forex hebat-hebat yang dapat bantu anda beri lebih tumpuan. Cerita dari rakan saya, kadang-kadang tak ada tempat, trade di ruang tamu. Dengan anak kecil datang nak tengok upin-ipin la, boboiboy lagi, sebab dah tengok ayah dia buka laptop, memang kalau trading juga akan kelaut lah jawabnya.

Jadi ada bilik dengan suasana trading yang sesuai,walaupun anda adalah trader part time, sangat membantu. Balik kerja, trade di rumah pada sesi US open, cari teknik yang serasi yang dapat banyak setup time tersebut.Praktis dan praktis.

Yang dah bekeluarga, cari suasana yang sesuai. Yang suami dapatkan sokongan isteri agar faham tentang apa yang anda buat ini. Berbincang. Berikan penjelasan sebaik-baiknya tentang usaha anda ini agar dapat dilakukan dengan tenang. Bila hati tenang semua tenang betul tak?

Ok, lets make money ! 😉 $

“You can find result or excuse, not both.” – MoshedFX

 

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register