728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

FBS Inc / Tips dan Nasihat

3 Waktu Terbaik Untuk Trade Forex Secara Santai

3 Waktu Terbaik Untuk Trade Forex Secara Santai

Tahukah anda, waktu yang berbeza dalam sehari juga mempunyai tingkah laku pasaran yang berbeza. Ini juga bergantung kepada jumlah dan juga kepada petunjuk ekonomi yang dikeluarkan pada setiap negara. Bagi mereka yang sukakan pergerakan pasaran yang lebih tenang dan tidak ganas, berikut adalah beberapa masa yang baik untuk trade.

Masa telah disesuaikan mengikut waktu Malaysia. Masa dalam kurungan mengikut zon GMT UK, semasa musim sejuk di hemisfera utara. Untuk masa musim panas, hanya tolak satu jam.

Waktu Malaysia : 10:15 Pagi – 12:00 Tengah Hari -(3:15-5:00 Pagi GMT UK)

Kecuali ada keputusan “interest rate” di Australia, waktu ini adalah tenang. Peniaga di Tokyo tidak begitu bersemangat pada awal sesi, data Australia sudah keluar dan kenyataan akhbar data China sesekali juga telah berada di belakang. Satu-satunya risiko yang berpotensi adalah keputusan “interest rate” di Jepun, tetapi ini biasanya datang beberapada jam kemudian. Eropah masih tidur.

Waktu Malaysia : 5:15 Petang – 8:00 Malam (10:15 Pagi -1:00 Tengah Hari GMT UK)

Sehingga jam 5 petang Malaysia atau 10:00 Pagi UK, para pedagang di London adalah lebih cergas, terutamanya pada awal sesi. Di samping itu, kebanyakan data UK disiarkan pada 4:30 petang Malaysia atau 9:30 pagi UK, dan siaran data Eropah biasanya disiarkan sehingga jam 5 petang Malaysia atau 10:00 pagi UK (ZEW sebagai contoh). Oleh itu pada 5:15 petang Malaysia atau 10:15 pagi UK, tindak balas kepada data telah dilihat, dan dagangan tetap aktif, namun tanpa terlalu banyak kejutan. Pada 8 malam waktu Malaysia atau 1:00 tengah hari UK, para trader di New York sudah bersedia dan kejutan yang berpotensi dapat dilihat pada 8:30 malam Malaysia atau 1:30 petang UK, apabila Amerika Syarikat mula menyiarkan data dan laporan ekonominya.

Waktu Malaysia : 6:00 – 8:00 Pagi (11:00 malam – 1:00 Pagi GMT UK)

Selepas sesi AS ditutup, adalah lebih baik berhati-hati sekiranya anda ingin trade. Ini adalah kerana kecairan adalah rendah dan ini adalah masa yang baik untuk agensi penarafan mengejutkan pasaran dengan penurunan taraf kredit. Sering kali, penerbitan ini dibuat selepas pasaran ditutup di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pada 6:00 pagi Malaysia atau 11:00 malam UK, adalah masa munasabah untuk menjangkakan pasaran yang tenang dan berdiam diri sehingga data disiarkan di Australia dan Jepun.

Terdapat trader yang mendapatkan waktu tenang untuk ‘range trading’, manakala yang lain mencari pasaran yang aktif dan trade pada waktu news. Waktu yang paling sibuk biasanya pada 8:00 – 11:00 malam Malaysia atau 1:00 – 4:00 petang UK, apabila berita ekonomi utama AS disiarkan, dan jumlah dagangan adalah di kemuncaknya – pada pertindihan sesi Eropah dan Amerika Syarikat.

Apakah pilihan masa anda untuk trading? Adakah anda lebih suka aksi ketika berita ekonomi atau masa tenang?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register