728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Broker Review / One Financial Markets

4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Keselamatan Modal Trading

Bagi forex trader yang trading secara separuh masa, dengan amount yang agak kecil mungkin ramai mengambil kurang berat hal ini. Bagi forex trader yang trading secara sepenuh masa, atau mempunyai modal trading yang agak besar mungkin lebih berhati-hati dalam menentukan keselamatan modal trading mereka.

Bagi saya isu keselamatan modal trading perlu di ambil serius, kerana jika anda mempunyai modal yang biasa-biasa sahaja sizenya pun, anda mesti tidak tahu bilakah tiba-tiba anda dapat grow akaun menjadi besar. Kita tidak mahu jadi kes seperti sebelum ini. Iaitu apabila terjadi “black swan”.

Di mana forex broker goyah, dan tidak mampu lagi beroperasi, kesan daripada keganasan pasaran. Modal pelanggan yang trading di broker “non-regulated” habis begitu sahaja. Forex broker tutup. Hilang. Siapa mahu bertanggung jawab ?

telegram-moshed

Jadi besar atau kecil ke modal pun, kita perlu mempunyai tempat trading yang selamat. Bagaimana kita nak menentukan modal kita selamat atau tidak ? Dalam kes ini saya suka ambil contoh forex broker yang saya trading dan rasa selamat seperti One Financial Markets. Ini kerana ia adalah sebuah forex broker berprestige dan mempunyai Regulator Besar iaitu Financial Conduct Authority, dari UK. (FCA UK). Bagi sebuah forex broker yang dikawal selia FCA UK, ia wajib mempunyai ciri-ciri berikut. Ciri-ciri ini bakal memastikan wang modal kita selamat.

keselamatan-modal-forex

# Segregated Account
Apa itu Segregated Account? Ia bermaksud pengurusan akaun yang berasingan. Dalam erti kata mudah, forex broker yang mengamalkan Segregated Account, mengasingkan duit “syarikat” dan juga duit “pelanggan”. Jadi jika terjadi apa-apa musibah kepada syarikat, ia sama sekali tidak akan menganggu duit pelanggan tersebut.

# Dikawal Selia – Regulated
Banyak forex broker yang heboh mengatakan mereka mengamalkan segregated account, tetapi bagaimana kita nak tahu? Anda perlu tahu, bagi sebuah forex broker yang dikawal selia oleh FCA UK, ia sama sekali wajib mengamalkan perkara ini. Jadi sebuah badan regulator yang kukuh akan mengawal selia forex broker ini, supaya mereka betul-betul jujur dalam hal ini.

# Mempunyai Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Jika terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan forex broker itu terpaksa menutup operasinya, segala akaun anda bakal di uruskan oleh badan lain yang akan menguruskan pembayaran balik pampasan kepada anda. Bagi broker yang dikawal oleh FCA UK, mereka wajib mempunyai skim ini iaitu dinamakan FSCS. Jadi anda tidak perlu risau, di mana badan bertauliah ini bakal menguruskan segala pembayaran pampasan kepada pelanggan jika forex broker terpaksa gulung tikar.

# Forex Broker di audit
Dengan forex broker yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang, kita dapat tahu yang ada forex broker tersebut hanya beroperasi secara maya sahaja dan kita tidak tahu betul-betul asal-usulnya. Entah di audit atau tidak. Syarikat yang sentiasa di audit, oleh badan bertauliah, pasti dapat menguruskan wang modal kita lebih selamat. One Financial Markets adalah sebuah forex broker yang dikawal selia FCA UK, jadi ia sudah tentu wajib di audit. Ini sangat meyakinkan kita bahawa wang modal kita sentiasa selamat.

Pesanan saya, tidak kira akaun trading anda kecil atau besar, anda perlu sentiasa beringat untuk memastikan semua wang trading anda, modal mahupun profit, berada dalam keadaan baik dan selamat.

Anda boleh lihat lebih lanjut tentang keselamatan dana oleh One Financial Markets di sini : KLIK SINI

Jika anda berminat untuk membuka akaun trading bersama One Financial Markets, anda boleh terus lihat di sini : KLIK SINI

keselamatan-modal-forex-broker

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register