banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

4 Perkara Penting Yang Tiada Sesiapa Beritahu Anda Mengenai Motivasi!

4 Perkara Penting Yang Tiada Sesiapa Beritahu Anda Mengenai Motivasi!

Anda ada banyak impian? Kalau tulis, satu halaman pun mungkin tak muat, kan?

Tak kira berapa banyak pun impian anda, jika tiada motivasi atau passion untuk menjadikannya berjaya, tiada guna!

Motivasi bukan suatu anugerah dari lahir, akan tetapi, motivasi boleh dipupuk untuk menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencapai apa jua yang kita harapkan.

Sesekali, kalau rasa ingin putus asa tu, semak balik tangki motivasi anda.

Penuh?

Separuh?

Atau memang dah habis semua?

Ini 4 rahsia yang akan diam-diam menolak anda mencapai matlamat anda :

  1. Mulakan dengan permulaan yang sedikit, tetapi konsisten.

Pernah dengar pepatah sikit-sikit lama lama jadi bukit? Ada benarnya bidalan orang tua ini kerana segala yang kita buat sikit-sikit namun secara berterusan akan mendorong kepada kejayaan yang lebih besar. Jangan terus lalu short cut untuk sampai garisan penamat. Sebaliknya anda kena tempuh lalu yang banyak cabaran terlebih dahulu, baru anda akan rasa manisnya kejayaan!

  1. Cari sebab kenapa anda bermula!

Kenapa perlu ada sebab? Kerana ‘sebab’ inilah yang akan membantu anda untuk bangun jika satu hari nanti anda menemui kegagalan. Anda buat sebab keluarga, anda buat sebab nak kaya, atau apa-apa sahaja, itu semua sumber motivasi yang hanya anda boleh tentukan penyebabnya!

  1. Orang disekeliling merupakan pendorong kejayaan anda!

Jika anda rasa kawan-kawan, mentor dan keluarga anda tidak penting untuk mencapai kejayaan, anda berkemungkinan salah! Apa yang mereka lakukan sebenarnya akan mempengaruhi emosi dan motivasi anda. Jika setiap hari anda sedut asap negatif, lama-lama mungkin boleh lemas!

  1. Hindarkan diri dari sifat putus asa.

Sekali gagal, mungkin anda anda rasa itulah penamat segalanya. Tapi, tahukah anda semua cerita kejayaan, bermula dengan sebuah kegagalan? Siapa kata gagal lawannya berjaya? Sebenarnya gagal adalah sebahagian dari kejayaan!

Mulai sekarang, senyum dan pastikan motivasi anda sentiasa full tank!

Moshed.com Pesan, Lebih Baik Fokus Trade 1-2 Pair Berbanding Trade Banyak Pair! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register