banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

4 Perkara Tentang Ekonomi China Tahun 2016 Yang Forex Trader Perlu Tahu

4 Perkara Tentang Ekonomi China Tahun 2016 Yang Forex Trader Perlu Tahu

Ramai yang ketahui negara China ini antara penyumbang terbesar dalam ekonomi dunia dan dijangka akan menjadi satu negara yang akan memegang ekonomi global. China telah pulih sejak krisis yang melanda tahun-tahun sebelum ini dan baru-baru ini kebimbangan mulai terasa kembali.

Laporan KDNK China pada suku akhir ini merekodkan pertumbuhan yang paling teruk sejak krisis kewangan. Secara keseluruhan untuk tahun 2015, pada bulan Januari pertumbuhan ekonomi China agak perlahan walaubagaimanapun data rasmi masih boleh  mencapai sasaran kerajaan di sekitar 7%. Selain itu, mata wang China juga semakin mundur, dan beberapa eksekutif tertinggi negaranya telah disiasat kerajaan kerana terlibat dalam skandal rasuah dan urus niaga dalaman.

Jadi di sini MoshedFX senaraikan 4 persoalan yang boleh kita perhati untuk tahun 2016:

1. Adakah Pertumbuhan Ekonomi Akan Melemah?

Pada ketika dahulu, pertumbuhan pesat telah lama berlalu. Ahli ekonomi menjangkakan 6.8% pertumbuhan KDNK tahun ini dan 6.5% pada tahun 2016. Kalau diperhatikan jaraknya agak jauh berbeza tetapi Ahli ekonomi seolah-olah berfikir keadaan ekonomi China berada di landasan yang betul. Mereka berkata China perlukan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 6.5% bagi setiap 5 tahun akan datang untuk mencapai matlamatnya supaya peningkatan ekonomi kepada sekitar $12trilion pada tahun 2020. Dengan itu, mereka dapat mengandakan saiz output China dalam  hanya 10 tahun. Dan ia hanya akan berlaku jika sektor perkhidmatan di negara ini, seperti pendidikan dan pelancongan terus berkembang dengan pesat. Menurut Biro Perangkaan Negara China, sektor perkhidmatan kini menyumbang kira-kira 48% kepada KDNK negara. Dan untuk sektor perkilangan/pembuatan pula bernilai 43% daripada ekonomi pada tahun lepas dan akan diteruskan.

 2. Adakah Akan Berlaku Lebih Banyak Penurunan Kadar?

Walaupun semakin meningkat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China, Beijing mengelak daripada melepaskan rangsangan utama tahun ini. Sebaliknya, kerajaan melepaskan beberapa langkah “mini-stimulus”/rangsangan kecil dengan memotong kadar faedah beberapa kali, mengurangkan jumlah tunai dalam bank untuk mengalakkan pemberian pinjaman, dan mempercepatkan projek infrastruktur. Selain itu, membenarkan mata wang jatuh juga sepatutnya memberi rangsangan kepada pengeksport. Untuk pengetahuan anda, satu mensyuarat besar kerajaan pada bulan Mac akan dijalankan untuk mengkaji semula dasar. Tetapi ahli ekonomi tidak mengemukakan diri untuk rangsangan/stimulus ‘big bang’ ini. Menurut UBS Ekonomi, Wang Tao “Kami menjangkakan peningkatan sokongan fiskal dan pinjaman untuk pelaburan infrastruktur, tetapi tidak ada rangsangan/stimulus baru secara besar-besaran”. Namun, mungkin ada dua lagi penurunan kadar faedah pada awal 2016.

moshedchina11

 3. Bolehkah China Stabilkan Pasarannya?

Walaupun sebahagian besar pasaran China masih dikuasai oleh pelabur-pelabur domestik, Beijing mahu mengalakkan lebih banyak penyertaan dari pelabur-pelabur asing. Perubahan harga pasaran yang turun naik secara melampau tahun ini akan membuatnya lebih sukar. Jadi, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan perubahan pasaran. China akan menggunakan ‘circuit breakers’ mulai 1 Jan – pada dasarnya ialah brek kecemasan yang akan menghentikan perdagangan selama 15 minit jika indeks saham utama China berubah turun naik sebanyak 5% secara ketara. Di samping itu, pengawalselia sedang mempertimbangkan untuk mengubah syarat-syarat mana-mana syarikat yang ingin untuk IPO(Initial Public Offering). Baru-baru ini, Beijing telah menarik balik pergantungan empat bulan ke atas IPOs. Selain itu, terdapat rancangan untuk menghubungkan bursa Hongkong dan Shenzhen pada 2016, memberikan pelabur di kedua-dua tempat akses kepada kedua-dua pasaran. Tetapi pakar berkata, China perlu membina semua keyakinan pelabur di negara sendiri mahupun di luar negara, jika ingin perhubungan dua hala ini berjaya.

 4. Adakah Mata Wang Yuan Akan Terus Jatuh?

Yuan juga dikenali sebagai Renminbi, turun hampir 5% berbanding dolar setakat ini pada tahun ini, dan penganalisis berpendapat mata wang Yuan berpotensi untuk jatuh lagi kerana pertumbuhan yang lemah dalam perdagangan. Mengikut kajian, Yuan dianggarkan boleh mencecah kepada 7.50 berbanding dolar menjelang akhir 2016. China juga telah berusaha untuk memastikan mata wangnya digunakan sebagai mata wang global dalam perdagangan dan pelaburan. Pada bulan November, ia menerima kelulusan dari IMF, yang bersetuju untuk menjadikan Yuan sebagai mata wang eksklusif bermula 1 Oktober 2016. Tetapi dengan mata wang yang kini dalam perhatian global, China berada di bawah tekanan yang lebih besar untuk membolehkan kuasa pasaran memainkan peranan yang lebih besar. Sebagai sebahagian daripada usaha itu, kerajaan telah mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan mula mengesan nilai Yuan berbanding sekumpulan mata wang dunia yang lain – bukan hanya Dolar AS. Kini, di seluruh dunia, Yuan semakin penting. Pada bulan Oktober, ia menjadi mata wang keempat di dunia yang paling banyak digunakan untuk pembayaran antarabangsa, menurut Swift iaitu sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan transaksi global.

Seperti yang kita sedia maklum, ekonomi China dapat memberikan tamparan hebat kesan kepada ekonomi US. Since ramai forex trader yang trade currency pair dengan USD, jadi sedikit sebanyak tentang ekonomi China, forex trader perlu juga faham dan tahu sedikit sebanyak. Contohnya China Market Crash baru-baru ini memberikan kesan yang sangat hebat kepada matawang US Dollar dalam jangka masa sederhana.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register