728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

5 Ciri-Ciri Yang Anda Perlu Faham Jika Nak Jadi Seorang Forex Trader Yang Berjaya

5 Ciri-Ciri Yang Anda Perlu Faham Jika Nak Jadi Seorang Forex Trader Yang Berjaya

Ramai yang tanya saya, dalam forex trading, berapa ramai forex trader yang berjaya? Bila saya jawab sama ada ramai atau sikit, soalan berhenti di situ sahaja. Tak ramai yang tanya saya soalan yang betul. Apakah soalan yang betul? Soalan yang betul sebenarnya adalah, apakah ciri-ciri yang membuatkan seorang itu berjaya dalam bidang forex trading ini ? Dia buat apa? Dia makan apa? Dia minum apa?

Bab “dia buat apa” tu dah betul. Yang “dia makan dan minum apa tu sengaja saya tambah”. Hehe ūüėÄ

Seperti pekerjaan lain, sama ada penyanyi, pelakon, pelawak, pelukis, juruterbang, doktor atau apa sahaja; semuanya memerlukan bakat, ilmu, kemahiran, sifat dan sikap yang sesuai dan serasi dengan pekerjaan tersebut. Tetapi selain faktor bakat, saya percaya semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya jika bekerja keras mencapai cita-cita dan mempunyai ilmu yang betul.

Orang bijak berkata “Hard work beats talent when talent fails to work hard.”

Cuba kita ambil contoh Doktor.  Beliau mestilah sanggup menghabiskan masa selama lebih 6 tahun untuk mendapatkan ijazah perubatan.  Kemudian menjalani praktikal adakalanya lebih 3 tahun sebelum layak bergelar Doktor.  Dengan kata lain, beliau mestilah sabar mempelajari ilmu kedoktoran dan menjalani latihan sebelum berdepan dengan pesakit-pesakit yang pelbagai kerenah.

Seorang Doktor juga perlu sentiasa prihatin dan empati dengan masalah pesakit, sehingga hanya melihat muka manis Doktor pun, pesakit sudah rasa lega.¬† Dengan kata lain seorang Doktor itu perlulah mempunyai sifat kasih sayang dan sikap suka membantu orang lain.¬† Begitu jugalah dengan Forex Trader.¬† Sama ada sebagai trader part-time atau secara professional full time ia memerlukan kemahiran dan ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini perlu di fahami dalam usaha “KERJA KERAS” kita dalam bidang ini.

Jom kita lihat apakah ciri-ciri itu dan apakah anda memilikinya

#1.  Melihat gambaran yang lebih besar, mempunyai visi dan berpandangan jauh.

Adakah anda mampu mengasingkan perkara-perkara kecil dan remeh daripada gambaran yang lebih besar? Ini adalah kritikal dalam dua aspek:  Pertama, mengasingkan pergerakan semasa daripada trend yang lebih besar. Sebagai contoh, sekiranya trend di daily chart adalah down dan sedang berada di key resistance, adakah anda akan terus buy apabila candle besar keluar di 1 hour chart?

Aspek kedua berkaitan dengan pengurusan wang dan risiko: dapat memisahkan trading semasa anda dari keadaan di akaun anda pelan yang lebih besar.  Adakah anda mempunyai had risiko harian atau mingguan? Atau anda akan trade seolah-olah tiada hari esok?  Apakah rancangan anda dengan trading?  Adakah anda ingin jadikan ia satu kerjaya atau just suka-suka untuk cuba nasib macam main tikam-tikam?

#2.  Kesabaran:

Terlalu banyak trader yang kurang kesabaran untuk mendidik diri mereka sendiri sebelum terjun ke dalam trading, atau tidak menunggu peluang yang benar-benar baik. Dengan kata lain, adakalanya tiada setup pun, mereka terus trade tanpa sebarang analisa dengan hanya main agak-agak sahaja atau follow signal dengan membuta tuli.

Adakalanya juga, trader tidak sanggup menunggu cukup lama untuk trading mereka berakhir.  Mereka trade tanpa mengetahui sama ada post yang mereka ambil itu adalah untuk intraday, intraweek, atau intramonth atau mungkin juga intrayear.  Sudahlah tiada analisa, tambah mengharukan lagi, bila tidak tahu dimana mahu exit.  Kejayaan seorang trader, bukanlah ketika entry tetapi ketika exit.  Sama ada hit TP dan mendapat profit atau hit stop loss dan berjaya kawal kerugian.

Ada juga trader yang berjaya sekelip mata dan merasakan mereka hebat dan telah mampu menjangka arah pasaran dengan baik, lalu mereka tidak mempunyai kesabaran untuk terus trade dalam lot size yang sama; lalu dengan cepat menggandakan post, dengan harapan untuk untung lebih banyak, tetapi sebenarnya menjahanamkan akaun mereka cepat.

#3.  Dapat menyesuaikan diri:

Keadaan pasaran sentiasa berubah-rubah, dan trader yang baik perlu mampu untuk menyesuaikan diri. Trading sistem anda tidak boleh bekerja dengan baik selama-lamanya. Perubahan dalam corak pasaran berlaku sepanjang masa, dan adakalanya anda perlu tune sedikit system untuk keadaan pasaran yang baru. ¬†Dengan kata lain, sekiranya trend sudah berubah daripada uptrend kepada downtrend, anda mestilah mampu untuk berubah dari ‘buy’ kepada ‘sell’ dan ikut rentak pasaran.

Dapat menyesuaikan diri juga terkesan kepada analisis fundamental: mata wang yang kukuh boleh melemah apabila ekonomi mula berdepan dengan masalah dan krisis. Pada masa yang sama, mata wang yang lemah boleh membantu ekonomi negara pulih dalam jangkamasa tertentu. Dengan kata lain, dalam membuat analisa fundamental, anda mestilah boleh berubah selari dengan keadaan ekonomi semasa. ¬†Sebagai contoh, apabila Amerika Syarikat dijangka menaikkan “interest rate”, anda sudah tentu perlu bersedia untuk membeli Dollar dan membuat perubahan yang sewajarnya dalam pelan dagangan anda.

#4.  Berhati-hati:

Apabila terdapat ketidakpastian yang tinggi dalam pasaran, trader yang baik akan menjadi lebih berhati-hati apabila mengambil risiko. Ini bermakna memberi tumpuan kepada mata wang yang lebih mudah untuk dijangkakan, menurunkan lot saiz apabila perlu atau berehat daripada pasaran. Seorang forex trader yang berjaya tidak hanya membuat keuntungan, tetapi juga mengurangkan kerugian.

Apa yang penting adalah, berapa banyak untung yang mampu anda janakan bila analisa anda tepat, dan berapa banyakkah kerugian yang anda perlu tanggung bila analisa anda salah.  Sekiranya anda trade dengan system yang 90% tepat sekalipun, tetapi bila anda salah, anda terpaksa rugi dan pulangkan semula keuntungan anda, apalah gunanya kan?  Dengan kata lain anda telah trade dengan risk/reward yang tidak betul.

#5.  Mengenal pasti kelemahan anda:

Jika anda mampu untuk sedar akan kelemahan anda, anda sudahpun separuh jalan dalam menyelesaikan masalah anda. Sebagai contoh, sekiranya anda sedar anda tiada masa untuk trade intraday kerana faktor kerja, mengapa tidak anda trade menggunakan time frame yang lebih besar, seperti daily?  Ya benar risikonya atau stop loss lebih besar, tetapi bukan kah anda boleh adjust lot size?  Dan, apa perlunya anda tergesa-gesa mahu berjaya sedangkan anda sudahpun ada perkerjaan yang stabil yang boleh membantu kewangan anda, dalam pada anda berusaha menjadikan forex trading sebagai income kedua, kalau pun bukan atau belum sampai masa untuk sepenuh masa?  Anda pun maklum, trader ini juga satu pekerjaan yang memerlukan ilmu, kemahiran, sifat dan sikap yang perlu dibina dan bukanlah boleh didapati sekelip mata.

Semua ciri-ciri penting yang dinyatakan di atas akan lebih mudah untuk dicapai jika anda sedar bila anda berada jauh darinya dan cuba memperbaikinya dari masa ke semasa. Perwatakan peribadi anda tidak akan berubah, tetapi anda masih boleh menyesuaikan diri kepada keadaan yang berubah-ubah dengan lebih baik, dan anda akan lebih sabar daripada biasa.

Saya doakan anda berjaya! Teruskan sentiasa melawat Blog MoshedFX ini. Saya akan update kepada anda info-info terkini yang membantu kerjaya anda sebagai seorang forex trader!

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register