5 Kelebihan Forex Trading Dengan CFD Berbanding Dagangan Saham

0 1,151

#1 Pasaran Forex Beroperasi 24 Jam Sehari

Pasaran forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu dan cuti pada Sabtu dan Ahad. Bukanlah cuti Sabtu dan Ahad itu bermakna tiada langsung transaksi forex di dunia ini tetapi ia hanyalah broker-broker forex sahaja yang bercuti. Kita sebagai retail trader juga tak dapat nak trade, tetapi transaksi forex oleh syarikat-syarikat besar dan urusniaga perbankan tetap wujud pada hujung minggu.

Jadi apa bukti terdapat transaksi forex pada hujung minggu? Pernah nampak gap di chart pada hari Isnin? Itulah buktinya pasaran forex tidak pernah ditutup. Kami tegaskan sekali lagi di sini bahawa hanya broker yang bercuti dan sebab itulah kita tak dapat nak trade pada hujung minggu.

Trader boleh berdagang dalam sesi Asia, Eropah dan US. Biasanya trader akan berdagang pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam kerana pada masa inilah pasaran forex beroperasi dengan aktif kerana pertindihan sesi US dan Eropah. Disebabkan banyaknya transaksi pada pertindihan sesi tersebut, pergerakan pasaran forex juga biasanya lebih pantas pada tempoh ini.

#2 Modal Minimum

Kebanyakan broker tidak mengenakan komisen atau yuran tambahan untuk mendagangkan matawang secara online. Hanya spread sahaja yang dikenakan iaitu yuran setiap kali kita BUY atau SELL pair currency.

Dengan spread yang rendah, konsisten dan transparen, kos untuk trade forex adalah lebih rendah berbanding pasaran lain.

Tambahan lagi anda juga boleh mula trade dengan modal serendah $10 atau lebih kurang RM40 mengikut kadar tukaran semasa RM ke USD. Modal permulaan yang kecil sebenarnya memberi peluang kepada anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran trading sebenar sebelum benar-benar serius untuk deposit lebih besar lagi di masa hadapan.

#3 Anda Boleh Short-Selling

Tidak sama seperti pasaran ekuiti atau saham, tiada halangan untuk anda menjual dalam pasaran forex. Peluang trading dalam pasaran forex terhidang sama ada dengan membeli atau menjual (BUY atau SELL).

Dalam pasaran saham, anda hanya boleh menjual kecuali anda berdagang saham menggunakan CFD (Contract for Difference). Itu pun kebanyakan CFD untuk saham hanya menyediakan kaunter-kaunter saham di Wallstreet dan Eropah sahaja.

#4 Tiada Orang Tengah

Bursa yang berpusat (centralized) adalah baik kepada trader. Walaubagaimanapun, satu masalahnya adalah penglibatan orang tengah.

Biasanya penglibatan orang tengah akan menambah kos dagangan trader melalui komisen yang perlu dibayar atau yuran kepada orang tengah yang lebih dikenali sebagai Remisier.

#5 Pasaran Forex adalah yang Terbesar dan Sukar Dimanipulasi

Pernah tak anda dengar ‘Dana A’ menjual saham ‘X’ atau membeli saham ‘Z’ dan harga saham biasanya mudah terkesan dengan satu tindakan jual/beli oleh dana besar contohnya seperti KWSP di Malaysia.

Pasaran forex adalah pasaran terbesar di dunia yang merangkumi pasaran bon dan saham. Satu-satu dana atau bank sukar untuk mengawal pergerakan nilai matawang kerana jumlah dagangan yang besar di seluruh dunia.

Pasaran saham hanyalah salah satu daripada komponen di bawah pasaran forex. Dalam analisis fundamental FOREX sendiri trader-trader akan mengambil kira aliran modal keluar-masuk ke dalam pasaran saham sesuatu negara termasuk juga pasaran bon.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa