Quotes by TradingView

Share This Post

Artikel Umum / Tips dan Nasihat

5 Negara Dengan Ekonomi Tertinggi

5 Negara Dengan Ekonomi Tertinggi

Siapakah penyumbang ekonomi terbesar dunia? Dan bagaimanakah sumbangan mereka dikira? Bagi memahami ekonomi dunia, kita bermula dengan 5 buah negara yang paling mendominasi ekonomi dunia.

Ekonomi negara-negara ini dikira berdasarkan gross domestic product (GDP) atau dalam Bahasa Melayu adalah keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Pada kiraan kesuluruhan top 10 negara menyumbang lebih 61% GDP kepada ekonomi dunia. Top 20 pula menambah 14% menjadi 75% dan 172 negara lain menyumbang 25% kepada ekonomi dunia.

Kami senaraikan top 5 ekonomi negara terbesar di dunia mengikut nominal GDP. Senarai ini diperoleh daripada International Monetary Fund (IMF) yang diupdate pada April 2017

  1. Amerika Syarikat

Ekonomi Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia sebesar dengan nominal GDP $19.41 trillion, dianggarkan merangkumi 24.9% daripada ekonomi dunia.

Mereka dilaporkan mempunyai kuasa ekonomi yang sangat maju dan kebanyakan sumber mereka adalah dari segi teknologi dan infrastruktur. Mereka juga mempunyai sumber asli yang sangat banyak.

Amerika Syarikat pernah kalah kepada negara kedua.

  1. China

Apabila China mula mengamalkan ‘dasar ekonomi terbuka’ pada 70-an, mereka menjadi hub manufacturing and exporting terbesar dunia. Ekonomi China disumbang oleh sektor manufacturing and services dan juga sektor pertanian.

Nominal GDP China adalah sebanyak $11.795 trillion.

  1. Jepun

Pada 2008, tanda-tanda kegawatan ekonomi Jepun telah dapat dilihat dan dengan inisiatif kerajaan dapat membendung daripada ia berlaku. Walaubagaimanapun, gempa bumi yang besar pada 2011 telah mengganggu usaha kerajaan itu.

Nominal GDP Jepun adalah sebanyak $4.84 trillion.

  1. German

German merupakan negara ekonomi yang terbesar dan terkuat di Eropah. Seperti yang kita ketahui, ekonomi mereka disumbang oleh export mesin, kenderaan, perkakas rumah dan juga bahan kimia.

Nominal GDP German adalah sebanyak $3.42 trillion.

  1. United Kingdom

Ekonomi United Kingdom didukung oleh sektor perkhidmatan dan pertanian. Selepas referendum BREXIT, ekonomi UK masih lagi dilihat dalam situasi tidak pasti dan GDP UK kini bersamaan $2.496 trillion. Perjanjian urus niaga antara UK dengan EU masih berlangsung dan dijangka tamat pada bulan Mac 2019.

Senarai ini sedikit sebanyak membantu kita memahami apakah negara-negara utama yang mengerakkan ekonom.

Selain itu, dengan memahami fundemental, anda akan mengetahui kesan-kesan langsung jika negara-negara di atas dilanda masalah dari sudut geopolitik, bencana alam dan krisi ekonomi yang lain.

Tak tahu apa kesan daripada Brexit? 

Share This Post