banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum / Tips dan Nasihat

Top 5 Negara Mengikut Ekonomi

Top 5 Negara Mengikut Ekonomi

Siapakah penyumbang terbesar dunia? Dan bagaimanakah sumbangan mereka dikira? Bagi memahami ekonomi dunia, kita bermula dengan top 5 negara yang mendominasi ekonomi dunia.

Ekonomi negara-negara ini dikira berdasarkan gross domestic product (GDP) atau dalam Bahasa Melayu adalah keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Top 10 negara menyumbang lebih 65% GDP kepada ekonomi dunia. Top 15 pula menambah 15% menjadi 75% dan 172 negara lain menyumbang 25% kepada ekonomi negara.

telegram-moshed

Kami senaraikan top 5 ekonomi negara terbesar di dunia mengikut nominal GDP. Senarai ini diperoleh daripada International Monetary Fund (IMF) yang diupdate setahun 2 kali.

  1. Amerika Syarikat

Ekonomi Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia sebesar dengan nominal GDP $17.41 trillion, dianggarkan merangkumi 22.4% daripada ekonomi dunia.

Mereka dilaporkan mempunyai kuasa ekonomi yang sangat maju dan kebanyakan sumber mereka adalah dari segi teknologi dan infrastruktur. Mereka juga mempunyai sumber asli yang sangat banyak.

Amerika Syarikat pernah kalah kepada negara kedua.

  1. China

Apabila China mula mengamalkan ‘dasar ekonomi terbuka’ pada 70-an, mereka menjadi hub manufacturing and exporting terbesar dunia. Ekonomi China disumbang oleh sektor manufacturing and services dan juga sektor pertanian.

Nominal GDP China adalah sebanyak $10.35 trillion.

  1. Jepun

Pada 2008, tanda-tanda kegawatan ekonomi Jepun telah dapat dilihat dan dengan inisiatif kerajaan dapat membendung daripada ia berlaku. Walaubagaimanapun, gempa bumi yang besar pada 2011 telah mengganggu usaha kerajaan itu.

Nominal GDP Jepun adalah sebanyak $4.77 trillion.

  1. German

German merupakan negara ekonomi yang terbesar dan terkuat di Eropah. Seperti yang kita ketahui, ekonomi mereka disumbang oleh export mesin, kenderaan, perkakas rumah dan juga bahan kimia.

Nominal GDP German adalah sebanyak $3.82 trillion.

  1. United Kingdom

Ekonomi United Kingdom didukung oleh sektor perkhidmatan dan pertaninan. Selepas referendum jumaat lalu, ekonomi UK masih lagi dilihat dalam situasi tidak pasti dan GDP UK dijangka akan merosot sebanyak 2.2-9.5% bergantung kepada perjanjian urus niaga antara UK dengan EU.

Senarai ini sedikit sebanyak membantu kita celup kaki dalam dunia ekonomi. Akan dikupas sedikit demi sedikit untuk kefahaman semua.

Kita akan sentuh kefahaman istilah-istilah juga nanti untuk faham bagaimana sebenarnya ekonomi dunia ni.

Apabila mula faham satu demi satu, kita boleh kaitkan dengan trade kita dengan analisa teknikal serta kefahaman Depth of Market kita.

Jangan pernah mengalah dalam belajar. Teruskan perjalanan anda!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register