Share This Post

Tips dan Nasihat

5 Pair Matawang Yang Lebih Mudah Diramal Untuk Semua Forex Trader

money-changer-krabi

Terdapat beberapa pair matawang yang bergerak perlahan apabila mereka menghampiri ke ‘support’ atau ‘resistance’ yang kuat seperti di carta mingguan, dan kemudian melantun kembali dalam julat dagangan. Jika momentum cukup kuat, inilah jenis pair mata wang akan ‘breakout’ tanpa menoleh ke belakang. Inilah pair mata wang yang lebih mudah untuk dijangka pergerakannya. Walau bagaimanapun, tidak semua pair mata wang bersifat teknikal dan sebegini mudah untuk diramalkan.

Kebolehramalan pair mata wang tidaklah berlaku dengan sendirinya: perubahan dasar kewangan, pasang surut pasaran dan musim dagangan adalah antara faktor yang membentuk sifat matawang tersebut. Berikut adalah senarai terkini dan kedudukan untuk 5 pair mata wang yang paling mudah diramal pada suku pertama 2015, masing-masing dengan gayanya yang tersendiri:

telegram-moshed

AUD|USD: mata wang ini lebih mudah diramal pergerakannya ketika ia berada dalam fasa ‘downtrend’ dan mempunyai kapasiti untuk menghormati garisan ‘support’ dan ‘resistance’. Apabila ia mencapai paras tertinggi yang lebih tinggi (higher high), ia berubah ke ‘uptrend’, dan apabila ia mencapai paras tertinggi yang lebih rendah (lower high), ia berubah ke ‘downtrend’. Sifat yang tipikal seperti ‘channel’ dan ‘range’ ini, dijangka akan berterusan.

GBP|USD: Pound biasanya menjunam lebih jauh dan kadang-kadang bergerak lebih ganas daripada EUR|USD, tetapi kini ia menjadi lebih lancar, meletakkan pair ini ke empat kedua dalam senarai. Salah satu sebab kenapa ini berlaku adalah kerana kedua-dua BOE dan Fed merancang untuk mengawal aktiviti ekonomi melalui kenaikan “interest rate”. Ini tidaklah bermakna dagangan untuk Pound Dollar kini berjulat kecil, ianya masih lagi besar tetapi hanya lebih menghormati garis teknikal. Ambil perhatian, bahawa apabila ia membuat ‘breakout’, pair ini selalu bergerak ke hujung julat dagangan yang berikutnya, sebelum mula bergerak.

NZD|USD: Bagi mereka yang suka dengan julat dagangan yang kecil, kiwi sering memberi peluang, terutamanya jika dilihat kembali pada carta. Kiwi mempunyai daya ingatan yang baik untuk garis teknikal lama dan juga yang baru. Ini dijangka akan berterusan.

USD|CAD: Sering diabaikan oleh para traders, pair ini kembali dalam senarai. Turun naik yang besar dalam harga minyak, yang dijangka berterusan, telah menyumbang kepada pergerakan yang lebih besar dan lebih baik untuk kebolehramalan pair ini. Pair ini mempunyai kecenderungan untuk melantun pada kali pertama, sebelum ia memecahkannya kemudian, apabila ia bertemu garisan teknikal yang besar.

EUR|USD: Pair mata wang yang paling popular di dunia ini telah bersifat mudah diramal pada suku keempat tahun lepas, di tengah-tengah ‘downtrend’ yang jelas. Walaupun ia masih dalam senarai, ia telah jatuh ke tempat terakhir. Program QE di Euro-Zone telah merubah segalanya dan boleh mencetuskan sifat baru yang tidak dijangka. Trend umum turun, tetapi jalan yang bakal dilalui menjadi lebih beralun. Pair ini lebih mudah diramal untuk jangka masa panjang, tetapi boleh menjadi lebih sukar untuk didagangkan dalam jangka masa pendek.

Adakah anda trade pair diatas? Apa pandangan anda? Setuju atau Tidak?

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register