728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

5 Perkara Penting Anda Kena Tahu selepas Brexit

5 Perkara Penting Anda Kena Tahu selepas Brexit

Semua pasaran termasuk pasaran matawang, pasaran saham dan pasaran komoditi masih lagi dalam keadaan volatility yang tinggi dan UK ada masa 2 tahun untuk keluar daripada EU atau seawall rundingan dengan EU dipersetujui. 5 perkara di bawah adalah antara yang penting bagi trader untuk tahu :

  1. Brexit menang

Setelah berbulan menantikan keputusan, UK akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada EU dan disebabkan UK adalah negara pertama yang keluar daripada EU sepenuhnya (Greenland hanya separuh yang keluar dan Algeria keluar daripada Perancis), jadi dengan ketidakpastian proses keluar daripada EU, volality dilihat akan berterusan. Pound swing darida paras tertinggi sejak 6 bulan terus menjunam ke paras terendah sejak 30 tahun iaitu sebanyak 13.2/Dollar. Perdana Menteri, David Cameron akan meletakkan jawatan pada Oktober dan FTSE 100 telah merosot sebanyak 8.7% semasa dibuka.

telegram-moshed
  1. Central Banks

Liquidity oleh central banks disediakan bagi memastikan bank-bank terus beroperasi. Dan ada sebilangan bank telah melakukannya seperti :

  • The Swiss National Bank masuk campur untuk stabilkan CHF
  • Bank of Japan mengeluarkan kenyataan akan masuk campur untuk matawang Yen
  • Bank of England akan pam 250 billion Pound ke dalam sistem kewangan
  • European Central Bank juga bersedia menyediakan liquidity menyokong EUR
  1. Safe Haven

Hanya Yen, matawang G10 yang menguat melawan US Dollar manakala Emas melompat naik dan mencapai paras tertinggi sejak 2008.

  1. Federal Reserve

Untuk Federal Reserve pula, kenaikan rate Jun dijangka tidak akan berlaku kerana ketidakstabilan akibat Brexit.

  1. Nexit

Ahli politik Euroskeptic (tidak suka EU) di benua Eropah dilihat telah mengambil peluang daripada Brexit ini untuk mengadakan referendum mereka sendiri. Antara negara yang dilihat sedang membicarakan isu keluar daripada EU adalah Itali, Belanda dan Greece. Dan Scotland dijangka akan mengadakan referendum kali kedua untuk keluar daripada UK.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register