728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

FBS Inc / Tips dan Nasihat

5 Perkara Perlu Faham Sebelum Pergi Lebih Profesional Dalam Forex Trading

5 Perkara Perlu Faham Sebelum Pergi Lebih Profesional Dalam Forex Trading

Daripada pemerhatian saya sepanjang dalam industri forex ini, saya perhatikan kebanyakan traders melakukan trade ketika waktu bekerja, ada juga trade ketika ada masa terluang dan ada yang trade ketika Bos tiada di pejabat. Dan ada juga berfikir dan mengimpikan untuk berhenti bekerja kerana ingin mengejar kerjaya sebagai trader yang professional dengan menjadikan hasil trading forex sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Tetapi adakah anda benar-benar mampu melakukannya? Jadi bilakah untuk merealisasikan  impian anda ini?

Di sini saya kongsikan antara 5 perkara penting yang anda perlu faham terlebih dahulu sebelum anda pergi ke arah lebih professional iaitu Full Time Trader:

telegram-moshed

1. Minimum Setahun

Dalam usaha untuk menilai sama ada anda mempunyai ilmu yang mantap dalam trading untuk menjadi traders yang professional, anda perlu sekurang-kurangnya setahun membuat ‘internship’ ataupun latihan ibaratnya seperti 6 bulan internship ketika belajar di IPT dulu. Sepanjang latihan selama 12 bulan, anda pasti akan melihat pelbagai fenomena yang berbeza dalam pasaran. Kekalkan keuntungan sekurang-kurangnya 10 ke 15% sebulan selama setahun.

2. Tiga Bulan Pertama

Adakah anda membuat keuntungan dari trading lebih dari pendapatan sebelum ini? Jika jawapan anda ‘Ya’, anda perlu gunakan duit keuntungan itu untuk membayar hutang, sewa dan perbelanjaan anda yang lain. Cuba jangan bergantung pada pendapatan dari kerjaya sebelum ini. Cuba kekalkan 3 bulan pertama hasil trading ini untuk membayar segala perbelanjaan. Jika anda dapat maintain seberapa ketika, barulah anda dapat cuba menyesuaikan diri nanti.

3. Tentang Masa

Peroleh keuntungan besar dari hasil trading memang menyeronokkan tetapi bagaimana untuk menguruskan keuntungan itu dengan masa yang betul untuk teruskan kehidupan dari semasa ke semasa? Jadi anda perlu merancang masa anda, senaraikan rutin harian anda. Buat jadual supaya masa yang terluang digunakan dengan manfaat. Ingat, masa yang banyak dengan mengadap chart tidak menjamin anda akan mendapatkan keuntungan yang banyak. Rancang dengan teliti bagaimana income forex perlu diuruskan untuk kehidupan anda.

 4. Wang dan Kesabaran

Ramai mengimpikan untuk menjadi kaya dari hasil trading forex. Jadi apabila kaya, adakah anda tidak perlu melakukan trading lagi? Maksud saya, anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa untuk beberapa waktu dengan pendapatan tersebut. Dan ia juga bermaksud anda tidak terus menganggap yang keuntungan forex tersebut adalah sebahagian income yang anda akan dapat secara tetap. Kerana dalam forex trading, apa-apa sahaja boleh terjadi. Anda perlu sabar merancang dan menyesuaikan diri. Kawal kesabaran, tingkah laku dan emosi anda. Jangan terlalu mengejar untuk kaya dengan cepat dalam trading ini. Peluang lebih besar untuk berjaya jika anda sabar.

5. Wujudkah Plan B?

Anda perlu merancang strategi atau plan B sekiranya tidak berjaya. Mungkin kembali ke kerjaya dahulu? Mencari kerjaya lain? Melakukan perniagaan lain? Ataupun terus kekal dalam perniagaan forex ini tanpa putus asa. Jadi nasihat saya, pelbagaikan sumber pendapatan sebagai back-up plan anda dan saya pasti anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya dalam industri forex ini. Anda hanya dapat berjaya jika anda tahu apakah “worst case scenario” yang bakal anda hadapi jika anda dalam bidang ini. Jadi dengan pengetahuan itu, anda tahu bila anda patut “keluar” dan “masuk” dalam kerjaya ini bila-bila masa sahaja.

Anda nak tahu BONUS dari Broker mana yang terbaik ? Dapatkan Bonus 100% dari Broker FBS sekarang. – KLIK SINI – Tawaran Terhad

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register