Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

5 Perkara Utama yang Patut Anda Tahu Pada Hari Ini

5 Perkara Utama yang Patut Anda Tahu Pada Hari Ini

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Keputusan pilihanraya Jerman membebankan Eropah

Kemenangan Angela Merkel bagi penggal keempat, menyaksikan parti berhaluan kanan itu menguasai Parlimen. Parti Angela Merkel berhasil memperolehi 218 kerusi di parlimen.

Blok konservatif yang diketuai oleh Merkel berjaya memenangi 32.5% undi manakala pesaing terdekat mereka Parti Sosial Demokrat yang merupakan rakan kongsi paling kecil dalam pakatan terbesar dengan Merkel, menjunam kepada 20%. Parti nasional, iaitu Alternative for Germany (AfD) memenangi 13% undian, melebihi apa yang dijangkakan.

Matawang Euro jatuh sebanyak 0.7% berbanding dollar iaitu pada 1.1881 berbanding sebelum ini pada 1.1890.

2. Pengumuman pilihan raya Jepun bulan hadapan

Perdana menteri Jepun, Shinzo Abe membuat pengumuman akan mengadakan pilihan raya pada bulan hadapan.

Beliau menggunakan kesempatan apabila melihat dukungan masyarakat semakin memihak kepada diri beliau dan ingin melaksanakan tindakan yang telah diatur bagi mengatasi isu-isu yang berlaku seperti ketegangan dengan Korea Utara.

Kaji selidik yang dikeluarkan oleh Laporan Bisnes harian Nikkei menunjukkan 44% memilih untuk mengundi Shinzo Abe Parti Liberal Demokrat (LDP).

3. Pasaran saham dunia bergerak perlahan disebabkan ketidakpastian dalam politik.

Pasaran saham dunia bergerak perlahan dengan para pelabur sibuk memikirkan pilihanraya yang berlaku di Jerman dan New Zealand dalam tempoh satu minggu ini seiring dengan tumpuan pembangunan dalam negaraa Jepun.

Di Eropah, pasaran saham meningkat apabila Merkel memenangi pilihan raya.

Walaubagaimanpun pasaran saham U.S dibuka sedikit rendah dalam Wall Street, seiring pasaran hadapan Dow menunjukkan kerugian dalam 0.1% sejak pembukaan.

4. Tumpuan kepada ucapan ahli-ahli The Fed

Para pelabur menanti komentar daripada Bank Pusat berkenaan isu kejatuhan matawang dollar yang dapat menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap pegangan dollar.

Minggu lepas, Fed mengumumkan pelan penyusutan $4.5 trillion aset kewangan dan memberi isyarat peningkatan kadar faedah lagi sekali pada tahun ini.

Manakala Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Daraghi telah memberi tanda-tanda ECB bahawa bank pusat sudah boleh melaksanakan program rangsangan pada awal bulan hadapan.

5. Sambungan rundingan Brexit di Brussels.

Para perunding Brexit hari ini menyambung rundingan di Brussels bersama setiusaha Brexit Britain, David Davis dan pengerusi perunding E.U Michel Barnier .

Ucapan Perdana Menteri U.K yang memberi indikasi bagaimana Brexit harus dikendalikan termasuk permintaan May dalam perlaksanaan yang dikehendaki beliau dalam tempoh 2 tahun selepas Brexit.

Pound menujukkan peningkata berbanding dollar iaitu pada 1.3530, sedikit pulih daripada kerugian yang menimpa pada hari Jumaat apabila Agensi Penarafan Moody mengurangkan penarafan kredit kepada Aa2.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!