Quotes by TradingView

Share This Post

Artikel Umum / Tips dan Nasihat

5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebagai Peminjam

5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebagai Peminjam

Pada 4 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia telah kuatkuasakan kadar asas (BR), kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pinjaman efektif yang baru. Penerangan lanjut berkenaan BR dan BLR boleh rujuk di sini: Kadar Asas VS Kadar Pinjaman Asas

Maklumat-maklumat diatas amat penting untuk anda mengetahui jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar dan jumlah yang mampu anda pinjam. Jom ikuti 5 tips ringkas yang anda perlu lakukan sebagai peminjam:

1) Dapatkan Helaian Maklumat Produk (Product Disclosure Sheet, PDS) 

Setiap institusi kewangan akan menyediakan PDS dalam bentuk fizikal atau elektronik untuk setiap produk yang dikeluarkan. Anda boleh teliti lebih lanjut maklumat-maklumat seperti jenis produk yang ditawarkan, bagaimana anda ingin memohon, apakah caj yang perlu dibayar, apakah risiko dan sebagainya.

2) Bandingkan kadar pinjaman efektif yang dinyatakan oleh setiap institusi kewangan

Setiap institusi kewangan mempunyai kadar pinjaman efektif yang berlainan kerana perbezaan pada BR dan spread (kadar feadah)

Contoh: Maybank
BR + Kadar Faedah = Kadar Pinjaman Efektif
3.00% + 1.35% = 4.35%

Kadar Pinjaman Efektif yang dipaparkan oleh pihak bank adalah berdasarkan pinjaman perumahan berjumlah RM 350 ribu untuk tempoh 30 tahun.  Jadi kadar ini akan berubah mengikut jenis dan tempoh pinjaman yang anda pohon.

3) Buat kiraan untuk lihat kemampuan anda untuk bayar semula pinjaman kredit jika berlaku peningkatan pada kadar pinjaman efektif di masa hadapan

Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000 pada kadar faedah efektif 2.5% untuk dibayar dalam 5 tahun.

  • Jumlah Pinjaman = 50,000
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
  • Kadar Pinjaman Efektif = 2.5
  • Jumlah Faedah Atas Tempoh Pinjaman = 2.5% x 50,000 x 5 = RM6,250
  • Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12 bulan) = RM937.50

Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah efektif untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.

4) Mohon kepada pegawai bank untuk terangkan faktor-faktor perubahan pada Kadar Asas (BR)

Institusi kewangan diberikan fleksibiliti untuk menentukan kadar asas (BR) masing-masing. Struktur tambahan kos (cost-plus) yang diperkenalkan dalam perkiraan BR menyebabkan spread sentiasa positif. Sebagai peminjam anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang faktor-faktor perubahan BR daripada pegawai bertugas. Antaranya ialah risiko kredit peminjam, kos perkhidmatan dan margin keuntungan.

5) Dapatkan maklumat tentang perubahan pada ansuran sekiranya Kadar Asas (BR) berubah

Secara umumnya jika BR berubah, anda perlu terus bertanya kepada pegawai yang menguruskan hal pinjaman untuk memberikan anda jadual ansuran pembayaran yang baru.

 

Share This Post