728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

6 perkara ini kalau tak dikongsi dengan kawan memang rugi!

6 perkara ini kalau tak dikongsi dengan kawan memang rugi!

Saban hari semakin ramai yang terlibat dalam dunia trading dalam mencari pendapatan sampingan.

Ada juga yang meletakkan matlamat mahu mencapai kebebasan kewangan daripada industri ini.

Ada yang mahu menjadi trader saham, ramai juga yang masuk dalam pasaran forex dan tidak lupa juga mereka yang trade komoditi dan lain-lain.

telegram-moshed

Pada hari pertama terjumpa dunia trading, mula google sana sini, cari guru tu guru ni sehinggalah mabuk dengan informasi.

Belum lagi faham asas dalam trading dah berlambak teknik yang muncul depan mata.

Bagi membantu trader baru, kami akan kongsikan tips ringkas yang akan dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk mengelak daripada mabuk informasi.

Baca, hadam dan jika rasa tips ini boleh memabukkan, elakkan daripada terus membacanya.

Tips ini adalah dikumpul oleh perbincangan, pendapat dan nasihat bersama trader yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dan berjaya menikmati hidup selesa sebagai seorang fulltime-trader.

 

Tip #1

Ilmu

Memetik daripada buku Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad – “Saya risau ramai orang terlalu fokus kepada duit dan tidak kepada kekayaan sebenar, iaitu pendidikan. Jika mereka bersedia untuk menjadi lebih fleksibel, berfikiran terbuka dan sanggup belajar, mereka akan menjadi lebih kaya dan kaya melalui ilmu yang mereka ada.”

Dalam trading, duit yang digunakan adalah duit sebenar. Bukan duit Saidina atau Monopoly untuk dibakar sesuka hati.

Belajarlah ilmu analisa teknikal dan fundamental sebetulnya. Belajar sebanyak yang mungkin sehingga mahir.

Mencari buku dan guru yang betul haruslah diutamakan. Cari dan cedoklah ilmu sebanyak mungkin. Ingat, cari guru yang memang konsisten trading mereka. Elakkan terkena sontotan guru ciplak yang perkara asal dalam analisa teknikal pun tak tahu.

Tip #2

Motivasi

Kenapa nak trade sebenarnya? Gaji tak cukup? Nak kaya dengan trading? Nak capai kebebasan kewangan?

Tulis matlamat yang nak dicapai dalam industri trading. Pastikan matlamat itu betul-betul yang mahu dicapai, bukan ikut-ikutan sahaja.

Dunia trading ini melibatkan emosi yang naik dan turun. Loss yang dialami mungkin boleh memakan diri dan majoriti daripada yang baru bermula akan fikir untuk mengalah.

Libatkan diri dengan orang yang sudah berjaya, baca artikel yang memberi motivasi dan ilmu. Sentiasa rajin untuk membaca buku, topup ilmu.

Letakkan 200% usaha untuk berjaya, kalau tak, jangan masuk dalam industri ini.

Tip #3

Emosi

Belajar kawal emosi. Dalam trading hanya ada buy dan sell. Sama seperti emosi kita apabila dalam dunia ini hanya ada tamak dan takut.

Belajar kawal 2 emosi ini. Bak kata Warren Buffett – “Tamak apabila orang lain takut, takut apabila orang lain tamak.”

Jika 2 emosi ini berjaya dikawal, ia boleh membantu untuk berjaya dalam bidang ini.

Tip #4

Diari

Catat setiap trading plan, catat dengan rajin dan terperinci. Ini adalah untuk kita kaji semula sebab masuk entry, trading plan bagus ke tidak dan sebagainya.

Dengan mencatat akan membantu kita mencari tune yang betul, betul di sini bermaksud keyakinin yang kena dengan gaya kita sendiri.

Elakkan mengikut-ikut orang lain yang mahukan teknik langit ketujuh yang akhirnya kecundang sebab tiada gaya trade sendiri.

Fahamkan asas trading dan jika dalam diari ada beberapa perkara yang tidak difahami, buat kajian dan belajar!

Tip #5

Checklist

Sebelum kita memulakan perjalanan untuk melancong, kita akan buat checklist panjang apa yang diperlukan seperti passport, pakaian musim sejuk dan lain-lain.

Sama seperti trading, sediakan checklist sebelum entry position. Semak apa yang patut dan apa yang perlu.

Contohnya adakah signal asas seperti trend, SnR, trendline sudah cukup untuk kita entry atau perlu confluence dengan indicator lain?

Tiap kali sebelum entry, senaraikan checklist yang berkenaaan, yang sesuai dengan kita.

Tip #6

Rajin

Nak berjaya kan? Jangan malas. Rajin buat checklist, rajin catat diari, rajin tambah ilmu.

Kalau takat nak main-main, trading bukan tempat bakar duit. Nak belajar, belajar betul-betul.

Pastikan matlamat tu sentiasa kuat dalam minda.

Dan usahalah bersungguh-sungguh untuk capai apa yang dikehendaki.

6 tips & trick ini diharap dapat membantu dan sila kongsikan kepada orang lain artikel ini bagi membantu lebih ramai lagi trader yang serius dan betul-betul mahu berjaya.

Banyak lagi tips yang akan ditambah dari masa ke semasa jadi stay tuned bersama kami!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register