6 Perkara Seseorang Usahawan Dapat Belajar Daripada Perjalanan Hidup Walt Disney.

0 404

Bila sebut sahaja Walt Disney, hampir semua orang kenal. Ada yang kenal melalui lawatan ke taman tema Walt Disney, ada yang kenal melalui movie bahkan watak-watak walt disney. Ada yang kenal melalaui kartun dan lain-lain lagi.

Tidak dinafikan ramai yang mengenal Walt Disney tetapi tidak ramai yang kenal Walt Disney sebagai sosok seorang usahawan. Berikut kami kongsikan beberapa perkara, setiap usahawan dapat belajar daripada pencapaian hidup beliau.

1. Tidak mudah putus asa.

Lelaki yang bernama Walt Disney tidak mengecapi kejayaan dalam satu malam. Beliau memulakan beberapa syarikat sebelum itu namun malangnya semuanya jatuh muflis. Awalnya beliau membuka studio seni berbentuk komersial, hasilnya gagal juga. Kemudian beliau mencuba dalam pengiklanan dan akhirnya terpaksa tutup kerana kekurangan wang. Namun Walt tidak pernah mengalah. Beliau sentiasa mencuba dan terus mencuba.

Kata Walt, semua perkara, kesusahan dan halangan yang dihadapi telah menguatkan saya. Kamu mungkin tidak sedar apabila hal itu terjadi, akan tetapi kekalahan tersebut boleh jadi perkara terbaik.

2. Jadi seorang penyelesai masalah.

Walt merupakan seorang penyelesai masalah. Beliau memerhati dengan teliti dan sentiasa mencari jalan penyelesaian.

Idea Disneyland muncul daripada perkara yang sederhana apabila Walt tidak suka dengan rekabentuk permainan di taman.

3. Bersedia untuk bangkit bila jatuh.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kartun Disney yang pertama bukanlah Mickey Mouse tetapi Lucky Rabbit. Hasilnya beliau telah berjaya menandatangani kontrak dengan penerbit.

Tetapi akhirnya beliau dipecat dan penerbit mengatakan bahawa karekter kartun tersebut adalah milik penerbit dan Walt tidak mempunyai hak.

Lebih menyedihkan animator-animator Walt pergi meninggalkan beliau dan bekerja di syarikat lain.

Walt telah kehilangan kejayaan terbesar beliau. Walt terpaksa mula dan bangkit semula. Ketika itulah ilham untuk mencipta ”Mickey Mouse” hadir.

4. Kelilingi diri anda dengan orang yang berbakat.

Walt Disney mengaku bahawa beliau bukanlah paling perbakat dalam animasi dan lukisan. Beliau sendiri mengkritik cara beliau pertama kali membuat animasi kartun pada tahun 1920. Namun Walt bijak, beliau mengambil pelukis dan animasi terbaik dalam dunia.

Orang terawal yang membuat animasi Mickey bukan Walt tetapi Ub Iwerks. Walt tidak tahu melukis tetapi beliau mempunyai visi. Ia seperti arkitek, kita tidak perlu jadi kontraktor. Apa yang kita perlukan ialah sebuah visi.

5. Sentiasa ingin tahu.

Walt merupakan sosok yang selalu ingin belajar perkara baru. Hal ini dapat dilihat daripada perkembangan animasi beliau.

Walt terkenal sebagai individu yang pertama membuat kartun yang mempunyai suara dan movie kartun dalam durasi yang lama.

Sifat ingin tahu beliau menyebabkan beliau sering menyelidiki bagaimana untuk membuat sesuatu.

6. Pelbagaikan.

Selepas beliau berjaya dalam studio animasi, beliau memasuki ke dalam bidang dokumentari, televisyen, taman tema dan bahkan produk.

Bagi Walt, masa dan kondisi berubah dengan pantas dan misi kita mesti sentiasa terarah pada masa hadapan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa