7 Tips Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Memperkembangkan Bisnes Anda

0 656

Sebagai seorang usahawan, anda mungkin terfikir banyak strategi untuk mengurus perniagaan anda sendiri seperti masa, mewujudkan persekitaran yang bagus, menyelesaikan masalah masyarakat, bertemu orang baru, membina pasukan dan sebagainya. Namun teras/inti dari perjalanan perniagaan adalah skala perkembangan dengan menghasilkan keuntungan dan memberi kesan positif kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, mengembangkan skala perniagaan bukanlah hal yang paling mudah dilakukan kerana ia memerlukan usaha, pengetahuan dan semangat.

Berikut adalah beberapa cara yang dicadangkan untuk mengembangkan perniagaan kecil anda;

1. Anda perlu tahu pelanggan anda.

Mengenali “orang yang anda jual” memerlukan anda memahami pelanggan anda, mengkaji tingkah laku, minat, motivasi, matlamat dan sebagainya, dan kemudian mengkelompokkan mereka.

Hal ini akan memberikan anda gambaran yang lebih baik mengenai keperluan pelanggan anda, cara terbaik untuk memenuhi keperluan mereka, juga cara untuk meningkatkan produk / perkhidmatan anda.

2. Memberi layanan terbaik

Pastikan perkhidmatan pelanggan anda berada tahap yang profesional dan mempunyai empati. Perkhidmatan pelanggan yang terbaik sehingga dapat menghasilkan pemasaran scara mulut ke mulut bagi produk dan perkhidmatan anda.

3. Melakukan pemasaran digital

Dunia kini hampir semua menjadi digital dan bergerak dengan kadar yang pantas. Dengan adanya media sosial seperti Instagram & Facebook Business dan lain-lain seperti Google SEO, anda dapat mengembangkan perniagaan anda.

4. Memperbanyakkan Rangkaian

Menghadiri acara networking salah satu perkara yang harus dilakukan walaupun ini mungkin tidak memberi kesan langsung kepada pendapatan perniagaan anda dengan segera namun ia dapat membantu anda membina rangkaian anda.

Perkara ini akan membuka peluang baru dan dalam masa yang sama anda dapat mempelajari daripada orang lain termasuk memperbaiki strategi perniagaan anda.

5. Menghasilkan satu bentuk insiatif dan ganjaran untuk pelanggan.

Pelanggan ingin merasa dihargai. Menawarkan insentif memberi mereka hadiah untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda akan meningkatkan kepuasan pelanggan. Di sisi lain, ia juga merupakan strategi yang baik untuk mengekalkan pelanggan.

6. Meraikan komuniti anda

Membangun kesedaran jenama di komuniti terdekat anda dengan penajaan atau penyertaan dalam acara komuniti atau kursus. Ia adalah cara yang bagus untuk menghubungkan orang dengan emosi dan cara untuk membina profil perniagaan anda melalui keterlibatan dalam tanggungjawab sosial korporat.

7. Selalu audit perniagaan

Unutk menjadikan perniagaan anda semakin berkembang, anda mungkin akan bereksperimen dengan strategi atau pendekatan yang berlainan. Selalunya penting untuk mengukur kejayaan dan mengenal pasti apa yang telah dilakukan, apa yang tidak ada dan apa yang lebih baik.

Moga tips ini dapat membantu anda memperkembangkan perniagaan anda.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa