(8.22 pm) GBP Menjunam 100 Pip!

0 13

Jadi apa pula yang menyebabkan GBP menjunam sejak pukul 7 petang tadi?

Sememangnya matawang GBP adalah matawang paling volatile minggu ini dengan GBP/USD sejak Isnin membuat kenaikan dengan banyak tetapi jatuh mendadak disebabkan oleh laporan kegagalan perjanjian Brexit.

Sekali lagi GBP menjunam sejam lepas disebabkan ketidaktentuan rundingan ini, di mana ia masih berlanjutan tanpa sebarang berita positif tentang perjanjian.

Terbaru, Kesatuan Eropah (EU) memberikan UK tempoh 48 jam untuk menerima perjanjian terhadap sempadan Ireland. EU seperti dalam laporan Reuters mengatakan sebarang pendirian UK perlu diutarakan minggu ini termasuk hujung minggu. Hal ini sebenarnya dilihat menyebabkan rundingan masih berlanjutan lebih lama daripada apa yang dijangka oleh pasaran, seterusnya menyebabkan kejatuhan GBP.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa