banner-mutm-728x90

Share This Post

FBS Inc / Tips dan Nasihat

9 Tips Supaya Anda Tidak Tergolong Dalam 95% Trader Yang Mengalami Kerugian

9 Tips Supaya Anda Tidak Tergolong Dalam 95% Trader Yang Mengalami Kerugian

Sering yang kita ketahui, 95% trader mengalami kerugian dan selebihnya iaitu hanya 5% yang benar-benar berjaya dalam trading forex. Dengan peratusan rendah yang benar-benar berjaya dalam trading forex ini membuatkan saya terkilan akan kemampuan sebenar guru-guru forex yang mengajar terutama di Malaysia ini. Jadi di sini saya kongsikan 9 tips supaya trader-trader khususnya traders di Malaysia supaya tidak tergolong dalam 95% trader yang gagal.

 1. 10,000 Jam

Menurut Malcolm Gladwell dalam bukunya yang berjudul  ‘Outliers:The Story of Success’  menerangkan tentang peraturan 10,000 jam di mana kunci kepada kejayaan dalam bidang yang kompleks perlu mengamalkan/praktikkan latihan selama lebih kurang 10,000 jam iaitu 3 jam sehari selama 10 tahun. Bukanlah maksud anda perlukan latihan selama 10 tahun, jika anda rajin membuat latihan, inshaa Allah dalam masa yang singkat anda juga mampu berjaya. Tetapi kebanyakan trader menganggap trading forex ini sebagai skim cepat kaya, mereka beranggapan forex ini boleh mengandakan wang mereka dalam masa yang singkat. Ya, ianya benar tetapi tersilap langkah anda akan mengalami kerugian yang teruk. Ini merupakan tanggapan yang salah. Pemikiran sebegini bakal merosakkan industri forex tambahan lagi ramai yang akan mengambil kesempatan dengan melakukan tipu muslihat terhadap mereka yang baru menceburkan diri dalam industri ini. Oleh itu, nasihat saya untuk berjaya dalam trading anda perlulah peruntukan masa secukupnya dan latihan yang mantap sepertimana juga doktor ataupun jurutera, mereka juga perlukan masa dan latihan untuk mahir dalam bidang mereka.

2. Kepentingan Ilmu

Dalam apa-apa bidang sekalipun, ilmu bermanfaat yang akan membimbing anda samada berjaya ataupun tidak. Dalam trading, kita perlu belajar secara berterusan untuk peroleh kejayaan sehinggalah kita betul-betul konsisten dalam trading. Kekadang saya perhatikan ramai yang bertukar-tukar teknik walhal teknik yang baru diajar masih belum mahir. Jadi fokuslah pada sesuatu teknik, sekiranya tidak bersesuaian dengan anda barulah belajar teknik yang lebih sesuai.

3. Percaya Pada Diri Anda

“NO! NO! NO!”… “Bear Stearns(nama sebuah saham) tidak ada masalah “…” Jangan keluarkan wang anda dari Bear! Itu hanya bodoh! Jangan jadi bodoh!”

Itulah kata-kata yang dipetik dari seorang guru saham yang terkenal iaitu Jim Cramer, disiarkan pada hari CNBC sebelum Bear Stearns kerugian 90% daripada nilainya. Ramai yang mempercayai kata-kata beliau kerana pengaruhnya dan akhirnya turut mengalami kerugian. Jadi kesimpulannya, sebagai trader anda perlu percaya analisa teknikal dan fundamental anda sendiri sebelum mendengar pendapat trader lain.

4. Menyesuaikan Diri

Peraturan dan syarat dalam trading sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan pasaran dan kemajuan teknologi. Disebabkan itu, dunia trading hari ini sangat berbeza jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Hari demi hari ia semakin mencabar dan sukar untuk menjana keuntungan jika kekal di takuk yang lama. Jadi sebagai trader, anda perlu mengambil inisiatif lain dan pertingkatkan usaha untuk mengubah cara trading supaya kekal konsisten dalam trading.

5. Jika Gagal Merancang, Anda Akan Merancang Untuk Gagal

Seorang trader yang berjaya mestilah mempunyai perancangan yang teliti iaitu menyediakan jurnal/nota untuk merekodkan setiap jual beli dalam pasaran. Perancangan yang teliti ini penting supaya kita dapat mengenalpasti kesalahan trading dan meminimakan risiko supaya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Di samping itu, ia juga membantu traders supaya tidak ‘over-trading’ dan ‘revenge-trading’.

 6. Jadi Seperti ‘Mesin’

Emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam trading. Jadi sebagai trader, anda perlulah mengawal emosi dengan baik. Dalam trading, sifat semulajadi menusia biasanya akan takut dan tamat dalam trading. Jadi untuk mengelakkan perasaan itu saya akan membayangkan diri saya seperti mesin ibaratnya tiada perasaan, jadi saya tidak akan merasa takut dan tamak dalam trading. Cubalah kalau tidak percaya. Tapi diingatkan, pastikan anda mempunyai trading plan yang betul.

 7. Fahami Teknik Anda

Setiap trader mempunyai teknik mereka yang tersendiri. Tetapi adakah mereka benar-benar mahir dengan teknik mereka dan adakah teknik mereka menjanjikan keuntungan yang konsisten dalam trading? Oleh itu, anda perlulah mantapkan terlebih dahulu sesuatu teknik itu dengan melakukan ‘back-test’ sebelum melakukan trading sebenar. Dan setelah anda fahami dan mahir dengan kaedah teknik itu, mulakan trading anda dan yakin dengan teknik tersebut.

8. Kenali Diri Sendiri

Kebanyakan trader yang berjaya mengetahui tahap keupayaan diri mereka sendiri, mereka akan fokus 100% dalam trading supaya tidak berlaku kesalahan yang sama dan kecil berulang kali. Jadi di sini saya ingatkan anda perlu mengawal risiko kerugian sebelum memikirkan tentang keuntungan. Pastikan anda meletakkan SL (Stop Loss) untuk meminimakan risiko.

 9. Keuntungan dan Kerugian

Trader yang berjaya biasanya mereka akan memberikan tumpuan kepada trading mereka dan bukannya melihat keuntungan dan kerugian semata-mata. Mereka menganggap setiap trading mereka sebagai latihan teknikal dan fokus untuk mendapatkan yang terbaik daripada pasaran mengikut rancangan mereka. Mereka tidak fikir tentang pembayaran bil elektrik, dapur dan sebagainya kerana itu akan menganggu tumpuan dalam trading mereka. Trader yang berjaya yakin setiap trading akan memberikan sebuah ilmu atau pelajaran untuknya.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register