banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Abenomics? Wang Helikopter? Apakah langkah Abe seterusnya?

Abenomics? Wang Helikopter? Apakah langkah Abe seterusnya?

Bekas pengerusi Federal Reserve, Ben Bernanke memberitahu Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun yang masih mengekalkan kerusinya setelah pemilihan Majlis Tertinggi lalu bahawa Jepun masih lagi mempunyai beberapa langkah yang untuk baikpulih Ekonomi Jepun.

Abe bertemu Bernanke pada hari ini untuk bertukar pendapat mengenai dasar ekonomi Jepun untuk mewujudkan jalan penyelesaian masalah ekonomi Jepun setelah kemenangannya.

Ben Bernanke

telegram-moshed

Mereka dilaporkan oleh jurucakap kerajaan, membincangkan langkah yang wajib untuk Jepun menamatkan deflasi dan mencapai perkembangan ekonomi yang bagus.

Pertemuan ini diadakan sehari selepas Abe mengumumkan rangsangan fiscal yang baru, iaitu rancangan yang menyebabkan pakar ekonomi tertanya-tanya sama ada central bank Jepun akan mencetak duit dengan lebih banyak. Perkara ini pernah dilakukan oleh Bernanke sebelum ini di Amerika Syarikat.

Pada 2012, Abe pernah berjanji akan baikpulih ekonomi Jepun dengan strategi dasar ekonomi “3 anak panah” iaitu :

  1. Pelonggaran kuantitatif secara agresif
  2. Perbelanjaan fiscal fleksibel
  3. Pembaharuan struktur

Strategi ini pada awalnya berjaya dengan pelonggaran kuantitatif yang menyebabkan peningkatan inflasi dan menurunkan hasil bon.

Setelah pelaksanaan tersebut dilihat mula hambar, Jepun mula masuk keluar masuk keluar daripada kegawatan ekonomi.

Dengan pembaharuan struktur Abe menyebabkan pelabur-pelabur mula hilang keyakinan terhadap Abenomics, istilah yang digunakan oleh pakar ekonomi untuk strategi ekonomi Abe. Dan dijangka Abe akan menggunakan strategi perbelanjaan fiscal yang lebih besar untuk pembaharuan struktur akan datang.

Terdapat pelabur membuat spekulasi bahawa Jepun berkemungkinan besar akan menyediakan “wang helikopter” – istilah yang digunakan oleh Pakar Ekonomi Amerika, Milton Friedman dan Ben Bernanke.

“Wang Helikopter” merujuk kepada 2 jenis dasar iaitu :

  1. Dasar pertama menekankan penyelarasan deficit bajet
  2. Central bank akan membekalkan wang terus ke sektor swasta

Walaubagaimanapun, jurucakap kerajaan Jepun memberitahu semasa mesyuarat dasar kewangan Jepun, “Wang Helikopter” tidak pernah disebut.

Ben Bernanke juga telah melawat Bank of Japan pada hari isnin, dipercayai berjumpa dengan Gabenor Bank, Haruhiko Kuroda.

Pasaran Nikkei hari ini ditutup tinggi disebabkan Abe mengeluarkan kenyataan keras bahawa beliau akan masuk campur untuk melemahkan Yen bagi kestabilan perkembangan ekonomi Jepun.

Dan Yen dilihat terus melemah akibat kenyataan tersebut sementara Greenback (USD) terus menguat.

USDJPY

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register