Moshed Mohamad

belajar-forex-malaysia

Moshed Mohamad mula menceburkan diri dengan dagangan tukaran matawang asing melalui ‘Online’ ketika masih di dalam pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa di Universiti Tenaga Nasional pada tahun 2006 menggunakan Platform Streamster dari Marketiva. Selepas tamat pengajian pada tahun 2009 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Elektrik Kuasa beliau mengusahakan bidang bisnes Internet Marketing secara sepenuh masa di samping berdagang forex.

Ketika bisnes di dalam bidang Internet Marketing dan Pembangunan Website belum lagi mendapat sambutan pada masa itu di utara tanah air, beliau mengambil keputusan melibatkan diri secara aktif di dalam arena Forex Trading dan juga Introducing Broker (IB). Setelah melibatkan diri dalam bidang pembrokeran ini, mulalah langkah pertama yang lebih serius dengan membawa sendiri broker forex dari luar negara untuk mencari pasaran di Malaysia. Pencapaian terbaik, beliau telah berjaya memantapkan perniagaan forex broker yang dibawa memasuki Malaysia sehingga terkenal diseluruh dunia.

Beliau pernah dua kali menjawat jawatan Malaysia Regional Manager dari Broker Forex yang dikawal selia Kesatuan Eropah pada 2012-2013(broker pertama), dan 2013- 2014(broker kedua). Beliau bertanggunjawab membantu para pedagang forex di Malaysia untuk mendalami bisnes forex.  Jawatan ini banyak membantu beliau mengetahui selok belok bisnes dagangan matawang asing ini dan membantu beliau memahami lebih mendalam bagaimana untuk membantu ‘trader-trader’ di Malaysia khususnya untuk menjana keuntungan dan mengelakkan persepsi negatif orang ramai terhadap bisnes forex yang mengalami isu ‘haram, gambling trader, tamak, ketelusan broker, dan pelbagai lagi’.

Beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan yang besar itu dan menjadi Trader Forex Sepenuh Masa dan cuba membantu lebih ramai trader melalui WWW.MOSHEDFX.COM, memberi kesedaran kepada para pedagang forex tentang bagaimana menjadikan forex ini adalah sebuah bisnes dan bukan skim cepat kaya serta bagaimana mencari ‘broker forex yang selamat, dikawal selia serta telus dalam mengendalikan wang pedagang’ agar forex ini menjadi ‘stream income’ yang dapat meningkatkan ekonomi, sekaligus membantu ramai trader mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan ini pada jangka masa yang lama.

Ketika artikel ini ditulis, pada tahun 2014, berumur 28 tahun, sedang melibatkan diri secara aktif berdagang ,memberi khidmat rundingan dalam forex business, memperkenalkan Broker Forex yang Selamat dan Telus, membantu trader secara berkumpulan serta mendalami lebih banyak pasaran kewangan yang lain seperti pasaran saham,komoditi dan indeks.

signature-moshedfx

MoshedFX on Facebook and Google +

Lost Password

Register