banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Ada Sesiapa Yang Tak Tidur Ke Semalam Menantikan FOMC?

Ada Sesiapa Yang Tak Tidur Ke Semalam Menantikan FOMC?

Federal Reserve mengekalkan interest rate pada awal pagi tadi namun masih memberikan signal yang sangat kuat akan mengetatkan dasar kewangan pada akhir tahun ini sekiranya pasaran buruh kembali positif.

Fed berkata aktiviti ekonomi Amerika Syarikat telah kembali ke jalannya semula namun semua data masih lagi bercampur-campur dan tidak meyakinkan untuk menaikkan rate buat masa ini.

Selain itu mereka menambah mereka membantah kenaikan interest rate buat masa ini sehinggalah adanya bukti-bukti kukuh terhadap objektif inflasi dan pekerjaan.

Federal Reserve mengekalkan ratenya sejak Disember lalu, iaitu kenaikan pertama setelah 1 dekad tidak dinaikkan.

Dalam masa yang sama penggubal-penggubal dasar memotong jangkaan jumlah kenaikan interest daripada 2 kenaikan kepada 1 kenaikan. 3 daripada 17 orang penggubal dasar berkata rate perlu dikekalkan sehingga tahun hadapan.

Unjuran kenaikan interest rate 2018 dilihat kurang agresif.

Tahun ini Fed menjangkakan berlakunya 4 kenaikan namun pada Mac lalu semuanya terpaksa distruktur semula melihatkan perkembangan ekonomi global yang perlahan, volatility pasaran kewangan yang tinggi dan kerisauan mengenai inflasi.

Ekonomi berkembang dengan baik pada suku kedua dengan menambah lebih pekerjaan pada Ogos namun tidaklah begitu baik untuk menaikkan rate.

Keputusan Fed, selepas keputusan BoJ menambah program pembelian aset sekaligus menjadi tumpuan ahli ekonomi.

Mesyuarat FOMC seterusnya dijadualkan pada awal November dan pertengahan Disember. Ahli ekonomi melihat penggubal dasar akan mengelakkan daripada menaikkan interest rate pada November melihatkan mesyuarat tersebut jatuh sehari sebelum pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register