Ada Trader Yang Masih Berduka Dengan Penurunan Logam Kuning Sebelum Ini?

0 3

Harga emas melompat lebih tinggi pada Rabu selepas US Dollar didagang melemah dalam sesi Eropah.

Pun begitu, emas kekal menghampiri paras terendah dalam tempoh 4 bulan memandangkan jangkaan pasaran yang semakin menguat terhadap prospek kenaikan kadar oleh Fed.

Di New York Merchantile Exchange, harga emas meningkat sederhana sebanyak 0.09%.

Peserta pasaran semakin memberi tumpuan terhadap minit mesyuarat bulan September FOMC bagi sebarang isyarat kenaikan kadar pada masa akan datang.

Permintaan untuk US Dollar kekal menguat selepas propsek kenaikan kadar bagi bulan Disember terus meningkat sebanyak 70%.

Di tempat lain, silver futures dan copper futures juga dilaporkan meningkat masing-masing sebanyak 0.42% dan 0.21%.

 

Disebabkan Beban Hutang, China Terpaksa Cipta Peraturan Baru!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa