banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Eropah

Ada Yang ‘Makan Hati’ Terlepas Trade Pagi Tadi? Malam Ini Pastikan Anda Tidak Terlepas NFP!

Ada Yang ‘Makan Hati’ Terlepas Trade Pagi Tadi? Malam Ini Pastikan Anda Tidak Terlepas NFP!

Sterling mengumpulkan sedikit tenaga selepas terjun ke paras terendah pada sesi awal dagangan pagi tadi. Namun, kebanyakan trader menjangkakan bahawa bila-bila sahaja matawang itu boleh kembali menjunam disebabkan kebimbangan terhadap ‘hard Brexit’.

Selepas sesi awal yang agak tidak menentu, sterling kembali pulih. Namun, penurunan untuk hari Jumaat sahaja dicatat sekitar 1.2%.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata pada Khamis bahawa Britain perlu berpegang teguh dengan keputusan terbabit selepas Theresa May mengumumkan keputusan yang sukar buat Britain ini.

telegram-moshed

Selain itu, pasaran global juga seakan bimbang apabila May mengatakan bahawa Bank of England menggunapakai dasar kewangan yang longgar sekali gus meninggalkan Pound dalam kedudukan yang tidak menentu.

Kini, Pound mula didagang sederhana pada 1.2448.

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Kelemahan dalam Pound juga menyokong pengukuhan data pekerjaan AS pada hari Jumaat yang meramalkan sebanyak 175,000 pekerjaan bagi bulan ini.

Menurut tinjauan reuters, laporan yang kukuh akan meningkatkan pertaruhan bahawa bank pusat AS sedang bersiap sedia untuk menaikkan kadar pada bulan Disember.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register