Ada Yang Tergamam Dengan Lonjakan Matawang Ini Dalam Sesi Dagangan Eropah?

0 2

Pound meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh satu bulan berbanding US Dollar pada Isnin berikutan data sektor perkhidmatan UK yang memberangsangkan. Sementara itu, US Dollar kekal berada dibawah tekanan.

GBP/USD meningkat hampir 0.54% semasa sesi dagangan Eropah.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Kumpulan penyelidikan Markit berkata indeks perkhidmatan pembelian pengurus meningkat kepada 52.9 daripada bacaan bulan lalu sebanyak 47.4.

Data ini sekali gus menambah keyakinan terhadap keadaan ekonomi dan keupayaan Britain selepas peristiwa bersejarah, Brexit.

Dalam masa yang sama, matawang AS terus tertekan berikutan laporan sektor pekerjaan yang mengecewakan.

Sterling juga melonjak lebih tinggi berbanding Euro dengan EUR/GBP merosot sebanyak 0.50%.

Pasca Brexit : Sektor Pembuatan Pula Dilapor Makin Tenat 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa