banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Adakah anda ada 6 perkara ini untuk menjadi Trader berjaya?

Adakah anda ada 6 perkara ini untuk menjadi Trader berjaya?

Semua orang boleh jadi trader, buka MT4 klik buy/sell buy/sell, tetapi kebanyakannya tidak mampu untuk menjadi trader yang boleh menggunakan profit daripada trade untuk menyara hidup sendiri dan keluarga.

Dan seperti yang anda sendiri tahu, tidak ramai yang kekal dalam industri ini dan mendapat profit yang konsisten.Ia adalah kerana kebanyakan daripada trader tidak mempunyai 6 perkara yang disenaraikan ini.

Menjadi seorang full-time trader (FTT) merupakan impian semua trader, tidak perlu bergaduh dengan boss di tempat kerja, tidak perlu bersesak di jalan raya malah tidak perlu untuk memakai uniform kerja sekalipun.

Namun dalam bidang trading ini, bahagian yang paling mengecewakan adalah apabila anda tahu anda hanya boleh salahkan diri anda apabila loss, apabila MC atau SO.

Jadi, artikel ini yang asalnya ditulis oleh Nial Fuller kami terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Mudah adalah untuk membincangkan perkara paling penting yang mesti ada di dada anda untuk menjadi seorang trader berjaya.

  1. Minat

Ramai antara kita, memilih trading dengan sebab yang salah dan tidak mempunyai minat dalam membuat apa yang sedang dilakukan iaitu trading.

Trader berjaya, mereka bukan setakat mahu menjana ribuan USD daripada market, mereka juga benar-benar minat akan cabaran intelektual dan emosi dalam pasaran.

Untuk menjadi trader yang sentiasa konsisten keuntungannya, kita kena kuasai diri kita dahulu.

Kebanyakan yang gagal daripada trading ini adalah kerana mahukan fast money dan keinginan itu telah mengaburi mata dan keputusan menyebabkan trading ini bukan lagi sesuatu yang disukai. Sebab tu selalu depo mc depo mc.

Terus terang, jika anda rasa motivasi anda dalam trading ini adalah untuk dapatkan fast money, kemungkinan loss anda akan melebihi win anda.

  1. Kesabaran

Kesabaran juga menjadi salah satu tunjang kejayaan dalam trading. Sabar menanti setup, sabar ketika floating, sabar ketika trading plan tidak menjadi dan paling penting sabar ketika baru saja bermula dan masih lagi sedang bertatih.

Ramai orang, apabila dapat tahu yang boleh jana income USD dalam trading, terus kelabu mata, deposit besar dan hentak lot gajah, menyebabkan kerugian melebihi yang sepatutnya. Stop Loss pula tak letak. Mana tak depo mc depo mc.

Jika anda seorang yang kurang sabar, mungkin melalui trading anda akan belajar apa itu erti kesabaran dan kesabaran itu menjadi kunci untuk anda berjaya dalam industri yang mencabar ini.

Belajar terima loss anda dan kaji semula kenapa ia boleh berlaku.

  1. Disiplin

Disiplin dan kesabaran saling berkaitan. Berdisiplin dalam trading bermaksud anda tidak mudah goyah untuk ubah Stoploss/TP anda. Anda kekal dengan trading plan anda kerana anda tahu dan pasti daripada analisa anda, anda mampu jana profit.

Yang kedua adalah, teknik yang digunakan adalah teknik yang memang anda sudah kuasai. Bukannya hari ini belajar teknik baru, esok guna teknik lain lagi.

Dan yang paling penting adalah mempunyai jurnal trading. Catat, catat dan catat kenapa entry sini, kenapa cut loss dan sebagainya.

  1. Keyakinan

Untuk menjadi seorang trader berjaya, anda kena yakin dan percaya kepada diri anda sendiri. Jika anda asyik mencari signal, membandingkan analisa anda dengan orang lain, maka anda masih belum bersedia lagi.

Belajar strategi trading dan kuasainya dan yakin bahawa strategi itu sesuai dengan diri sendiri.

  1. Kestabilan Kewangan

Apabila dimaksudkan stabil, bukanlah bermaksud kaya raya. Kalau dah kaya raya buat apa nak trade lagi kan?

Maksud stabil di sini adalah, segala keperluan rumah mencukupi, dan tidak bergantung 100% kepada trading sahaja.

Ini adalah untuk memastikan semasa trading, hati sentiasa tenang untuk entry dan dapatkan profit.

  1. Sudut Pandangan

Yang terakhir adalah anda perlukan sudut pandangan trading yang baik jika mahu menjadi seorang FTT.

Sudut pandangan yang dimaksudkan ini sama dengan strategi trading dan ia menjelaskan bagaimana anda melihat market itu dan teknik apa yang digunakan?

Adakah anda faham ‘buy at dip, sell on rally’ itu sebetulnya? Adakah anda tahu fungsi SnR dengan baik? Dan sebagainya lagi.

Sekarang, cek balik diri sendiri. Adakah anda ada 6 perkara ini untuk berjaya dalam trading? Jika ada maka teruskan dengan kerjaya ini. Manakala jika ada yang kurang, latih diri, latih minda supaya dapatkan apa yang perlu untuk menjadi seorang trader yang berjaya.

Jangan pernah putus asa, yakin dengan diri sendiri yang anda akan berjaya dan elakkan daripada sifat malas jika anda dahagakan kejayaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register