banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah Bank Indonesia akan mengambil tindakan agresif untuk menyelamatkan ekonomi mereka?

Adakah Bank Indonesia akan mengambil tindakan agresif untuk menyelamatkan ekonomi mereka?

Pada khamis ini dijangkakan Bank Pusat Indonesia akan membuat pemotongan kadar polisi ke lima untuk tahun ini dalam usaha untuk menaikkan pertumbuhan tahunan lebih dari 5%.

11 daripada 16 pakar ekonomi daripada survey Reuters menjangkakan Bank Indonesia (BI) akan memotong rate kepada 6.25% dan lagi 5 orang menjangkakan mereka akan mengekalkan rate tersebut.

4 potongan pada tahun ini telah mengurangkan 1% sehingga menjadi 6.50%.

Untuk suku pertama tahun ini, pertumbuhan tahunan agak mengecewakan iaitu 4.92%. Pada 2015, rate adalah 4.8%, terendah sejak 2009. Bank Indonesia menejangkakan pertumbuhan sebanyak 5.0 – 5.4% untuk tahun 2016.

Menurut Gabenor Agus Martowardojo pula, pertumbuhan global yang lemah masih lagi mempengaruhi ekonomi terbesar Asia Tenggara dan pertumbuhan ekonomi sukar untuk bertambah baik bagi suku kedua tahun ini. Data bagi suku kedua akan dimaklumkan pada 5 Ogos ini.

Ramai berpendapat bahawa pemotongan rate oleh BI tidak dapat membantu pertumbuhan akibat bank komersial yang masih tidak memotong kadar pinjaman secepat yang boleh. Pertumbuhan pinjaman pada Mei adalah 8.3%, masih jauh dari anggaran Bank Indonesia yang inginkan iaitu sebanyak 12% untuk pertumbuhan tahun ini.

Pakar ekonomi ANZ berkata, sasaran pertumbuhan pinjaman yang tinggi memerlukan potongan rate selanjutnya. Mereka menjangkakan pada khamis ini, Bank Indonesia bukan sahaja memotong reference rate malah juga memotong rate yang dikenakan ke bank komersial untuk peminjaman duit semalaman dan ratio rizab keperluan bank.

Dasar terlalu longgar?

Jika suku kedua masih tidak menampakkan pertumbuhan lebih 5%, kebarangkalian untuk pemotongan rate masih akan berlaku. Walaupun Timbalan Gabenor Bank Indonesia menyatakan pada bulan lepas masih ada ruang untuk pelonggaran polisi kewangan, Deutsche Bank memberi amaran mengenai dasar kewangan yang terlalu longgar agak berbahaya seperti yang terjadi apabila tindakan Bank Indonesia yang membuat kelonggaran pada masa lepas telah menyebabkan overheating dan external balance yang semakin teruk.

Menurut pakar ekonomi, adalah lebih baik jika Bank Indonesia mengekalkan tanda aras ke tahap stabil kerana pemotongan rate mungkin tidak meningkatkan pertumbuhan pinjaman disebabkan permintaan masih lagi lemah.

Bulan depan, Bank Indonesia akan menggunakan 7 hari reverse repurchase rate sebagai penanda aras dasar mereka. Reverse repo rate sekarang adalah 5.25%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register