728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Adakah Bank Pusat New Zealand Akan Menurunkan Kadar Lagi?

Adakah Bank Pusat New Zealand Akan Menurunkan Kadar Lagi?

NZD/USD meneruskan tren kenaikan daripada 0.7128 dan sampai ke 0.7198 disebabkan data CPI naik sebanyak 0.2% pada suku ke-tiga semalam.

Data CPI ini telah mengurangkan kebarangkalian bagi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) untuk menurunkan lagi kadar faedahnya dan dijangka kiwi akan meneruskan kenaikan.

Jika data yang dikeluarkan baik bermakna ekonomi semasa dalam keadaan sihat. Apabila ekonomi semasa baik, bank pusat mungkin akan mengekalkan kadar faedahnya.

Jika sentimen yang bagus ini berterusan dengan data-data ekonomi yang baik dalam jangka masa yang lama, Bank pusat mungkin tidak teragak-agak untuk menaikkan kadar faedahnya. Apabila ekonomi bertambah maju, nilai matawang juga cenderung untuk meningkat.

Pada ucapan beliau semasa memotong kadar Ogos lalu, analisis dan jangkaan RBNZ menunjukkan polisi pelonggaran (Easing Policy) perlu dilakukan untuk memastikan kadar inflasi berada di antara 1 peratus ke 3 peratus.

Kadar faedah The Reserve Bank of New Zealand (Bank pusat) berada pada 2.0%. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 10 November depan dengan jangkaan kadar akan dipotong 25 mata asas menjadikan kadar baru adalah 1.75%.

Pun begitu, data CPI yang dikeluarkan semalam mengurangkan kebarangkalian pemotongan kadar. Ditambah lagi dengan data GDT Price Index (Indeks harga dagangan tenusu global) yang memberangsangkan.

Indeks harga GDT lebih kurang sama dengan CPI (indeks harga pengguna). Indeks GDT hanya mengira produk-produk tenusu.

Untuk pengetahuan anda, New Zealand adalah pengeluar utama produk tenusu dunia. Oleh itu, sebarang perubahan kepada industri ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara ini termasuk matawang kiwi.

 

Data CPI UK Baik? Apa Sebenarnya CPI Ni?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register