728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Adakah Data NFP Yang Suram Menggugat Jangkaan Kenaikan Dasar Seawal Bulan September? Teruskan Membaca Artikel Ini!

Adakah Data NFP Yang Suram Menggugat Jangkaan Kenaikan Dasar Seawal Bulan September? Teruskan Membaca Artikel Ini!

Dalam minggu ini, China bakal mengumumkan data perdagangan dan inflasi bagi petunjuk yang lebih jelas mengenai perkembangan ekonomi kedua terbesar dunia itu. Sementara itu, pasaran di Kanada ditutup hari ini.

Selain itu, pelabur juga menanti pengumuman dasar kewangan daripada Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa.

Pada minggu lalu, US Dollar ditutup tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat dan memadamkan kerugian awal yang dicatat matawang gergasi itu. Pada Jumaat, NFP dilaporkan sedikit mengecewakan dengan laporan sektor pekerjaan yang agak suram. Pun begitu, pelabur masih menjangkakan potensi kenaikan kadar oleh Fed bagi penghujung tahun ini.

Ekonomi Amerika Syarikat dilaporkan menambah 151,000 pekerjaan pada bulan Ogos sekaligus menjauhi ramalan awal sebanyak 180,000. Jabatan Buruh juga melaporkan kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 4.9% bulan Ogos.

Selain itu, laporan purata pendapatan setiap jam meningkat 0.1% pada bulan Ogos.

Data mengecewakan ini sekali gus menjejaskan jangkaan peningkatan kadar dalam jangka masa terdekat oleh Fed.

Menurut Fed Monitoring Tool, potensi kenaikan bagi bulan September menurut kepada 21% daripada jangkaan awal sebanyak 27%.

Matawang Amerika itu mengakhiri minggu ini dengan keuntungan sebanyak 0.3% selepas komen agresif dari Janet Yellen dan Stanley Fischer.

Pada masa yang sama, Yen terus mengalami tekanan berikutan potensi langkah rangsangan baru yang akan diumumkan Bank of Japan pada mesyuarat dasar yang bakal berlangsung bulan ini.

Lelaki Ini Mula Mempersoalkan Sama Ada Anda Layak Atau Tidak Unutk Menjadi Seorang Trader. 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register