728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah Deutsche Bank Akan Jatuh bersama Kesatuan Eropah?

Adakah Deutsche Bank Akan Jatuh bersama Kesatuan Eropah?

Bank terbesar German “Deutsche Bank” berhadapan pelbagai masalah sejak tahun 2009 dan menyebabkan kejatuhan harga sahamnya hampir 83% sejak tahun itu daripada 78.6 USD kepada 13.42USD setakat hari ini.

Ramai penganalisis dan pelabur berpendapat, Deutshe Bank perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka secepat mungkin untuk mengembalikan keyakinan pelabur.

Mereka perlu meningkatkan modal dan memberikan keuntungan kepada pelabur sedia ada walaupun kebarangkalian untuk  mengembalikan keyakinan pasaran kepada mereka di lihat tipis.

telegram-moshed

Deutsche Bank menyalahkan penstrukturan kos yang baru dan kelemahan bank pelaburannya. Selain itu, risiko Brexit juga menyebabkan harga sahamnya jatuh 18% sejak undian itu.

Sebab yang terbesar penurunan harga sahamnya sejak tahun 2009 adalah undang-undang bank yang ketat sejak krisis sub-prima tahun 2008 memberi kesan kepada penyusutan keuntungannya. Peraturan yang ketat meminimumkan potensi untuk membuat keuntungan yang lebih banyak dan sejak itu harga sahamnya jatuh.

John Cryan, CEO Deutsche Bank mengatakan kejatuhan harga saham Bank itu banyak disebabkan sentimen pasaran semasa. Namun, Cryan bertegas “bank ini masih mempunyai asas yang kukuh”.

Kejatuhan Deutshe Bank akan menyebabkan kesan yang lebih teruk  kepada Eropah dan pasaran global. Hal ini disokong dengan reputasinya sebagai Bank terbesar kepada ekonomi terbesar di Kesatuan Eropah iaitu German.

Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Bank Dunia (IMF) bahawa Deutsche Bank adalah penyumbang terbesar kepada systemic-risk di dalam pasaran global.

Dalam bidang kewangan, Systemic-risk adalah risiko kejatuhan keseluruhan sistem kewangan atau pasaran kewangan (Kesatuan Eropah) yang disebabkan oleh satu-satu entiti (Deutsche Bank). Dan kita sudah pernah melihat perkara seperti ini berlaku apabila Lehman Brothers membawa ekonomi Amerika jatuh pada 2008.

Deutsche Bank dahulunya mendapat keuntungan yang banyak melalui Bank Pelaburannya, tetapi kini terpaksa berhadapan dengan saman Department of Justice  sebanyak 14 Billion USD atas tuduhan berperanan dalam menyebabkan  kejatuhan sektor perumahan pada 2008 di Amerika.

Dengan segala risiko ini, persoalan yang penting sekarang adalah, mampukah Deutsche Bank bangkit atau pun jatuh seperti Lehman Brothers?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register