728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi

Adakah Harga Emas Akan Menjunam Lagi?

Harga Emas terus menerus menurun dengan mendadak dalam keadaan downtrend yang agak curam, ia mengukuhkan kepercayaan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah. Adakah disebabkan syarat penurunan harga pasaran emas ini akan memberi banyak kesan kepada Fed?

Harga emas di pasaran telah jatuh dengan agresif baru-baru ini dan menunjukkan trend ke arah downtrend. Untuk makluman semua, harga emas merudum sejak dari Oktober 2015 iaitu pada harga tinggi $11191.44 sehingga ke paras harga terendah $1064.17 pada bulan November. Penurunan mendadak ini hanya berlaku dalam masa lebih kurang sebulan sahaja. Rizab Persekutuan AS sepatutnya dipersalahkan kerana menggembar-gemburkan akan memperbaharui dasar secara agresif di mana lebih 70% percaya itu akan berlaku.

Fed telah mengulangi bahawa sebarang kenaikan kadar akan berlaku pada kadar ‘beransur-ansur’ yang mungkin membawa apa-apa sahaja maksud. Pada dasarnya, Fed cuba untuk membentuk jangkaan pasaran ataupun memanipulasi  supaya siri kenaikan kadar satu demi satu tidak terlalu mengejut. Jadi, Fed mahu mengambil masa untuk memerhati, jika kenaikan kadar ini mempunyai kesan negatif ke atas pasaran dan  ekonomi sebelum menekan/bertindak ke hadapan dengan yang lain.

telegram-moshed

moshed007gold.jpg

Peningkatan kadar yang pertama pada bulan Disember adalah sebahagian besar memberi kesan pada harga emas, walaupun kita mungkin boleh menjangkakan reaksi spontan daripada 30% yang tidak percaya kenaikan kadar akan berlaku. Kenyataan itu adalah penting dan akan menentukan sama ada harga emas naik ataupun turun. Saya menjangka harga emas akan naik akhirnya, memandangkan keadaan harga jualan emas baru-baru ini menurun dengan mendadak sekali dan Fed mungkin mengulangi kenaikan kadar secara beransur-ansur, jadi buat masa ini mungkin kita tidak boleh menjangka sehinggalah pertengahan tahun 2016.

Jika kita tidak dapat melihat kenaikan kadar pada bulan Disember ini, kita boleh yakin bahawa harga emas akan melonjak naik. Selain itu, baru-baru ini Fed telah bermesyuarat untuk membincangkan kadar diskaun(discount rates) yang menyaksikan 9 daripada 12 Bank Persekutuan mengundi untuk menaikkannya, ini juga mengukuhkan lagi kenyataan bahawa akan berlaku kenaikan kadar faedah pada bulan Disember ini.  Walaubagaimanapun, Pengerusi Fed, Janet Yellen beliau  menolak dan mengundi tidak menaikkannya. Oleh itu, ia menimbulkan persoalan dan kemusykilan mengenai mensyuarat pada Disember ini. Adakah kita dapat melihat kadar faedah dinaikkan ataupun tidak?

Ok mari kita lihat harga emas sekarang. Di mana harga emas sekarang kalau kita perhatikan? Mengikut keadaan sekarang emas mungkin akan break resistance terdekat dan naik sedikit demi sedikit kerana pasaran menunjukkan peluang kenaikan lebih dari 70%. Jika tiada apa-apa syarat yang agresif dari Fed sebelum mesyuarat itu, pullback mungkin akan berlaku. Harga emas kemungkinan akan mencari harga sekitar $1079.61, $1096.10 dan 1117.59.

Dalam senario lain pula, jika mendapat maklumat bahawa Fed akan bertindak agresif. Harga emas akan terus menurun dan kemungkinan mencari support ataupun buyers di harga $1065.68, 1044.35 dan 1025.14. Tetapi kemusykilan sedikit kerana Fed(iaitu tidak menaikkan kadar diskaun) membuat situasi ini sangat tidak mungkin. Jadi untuk menjawab soalan bahawa harga emas akan terus turun ke paras terbawah, saya akan berkata ‘ya’, buat masa sekarang. Tetapi tunggu dahulu, nantikan apa yang berlaku selepas mensyuarat itu, perhatikan ketidaktentuan harga turun naik ketika itu. Harga emas akan ke arah support atau resistance dan mungkin dari segi teknikal pun akan tewas. Jadi nasihat saya ambil keputusan untuk entry position setelah keadaan pasaran stabil.

Anda dah try 5 USD Bonus Tanpa Deposit dari Broker FBS? Untung boleh withdraw. – DAFTAR SINI UNTUK DAPAT FREE 5 USD

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register