728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah / USD/JPY

Adakah Kenyataan Lelaki Ini Merupakan Signal Penting Bagi Kenaikan Rate Hujung Tahun Ini?

Adakah Kenyataan Lelaki Ini Merupakan Signal Penting Bagi Kenaikan Rate Hujung Tahun Ini?

Langkah tunggu dan lihat oleh segelintir pelabur mengenai jangkaan kenaikan kadar AS pada bulan akan datang telah menolak US Dollar ke paras terendah.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 97.711.

Berbanding yen, US Dollar turut menunjukkan kelemahan sehingga didagang sekitar 103.89.

Buat masa ini, fokus utama tetap diberikan kepada jangkaan kenaikan kadar bagi bulan Disember.

Presiden Fed Boston, Eric Rosengren turut memberitahu Reuters bahawa tahap pekerjaan dan inflasi semasa menunjukkan tahap yang yang paling sesuai untuk peningkatan kadar.

Sementara itu, ucapan Yellen sebelum ini yang menyaatakan bahawa sasaran inflasi boleh melebihi 2% telah menolak bon ke paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan.

Di Jepun, Bank of Japan akan bertemu pada akhir bulan untuk perkembangan mengenai langkah rangsangan dan pengaruhnya terhadap ekonomi terkini.

Berdasarkan tinjauan dari Reuters, syarikat-syarikat di Jepun kurang percaya bahawa dasar semasa akan mampu membawa Jepun menuju sasaran inflasi.

Saksikan Event-Event Penting Sepanjang Minggu Ini di sini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register