728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah keputusan Brexit boleh ditarik balik?

Adakah keputusan Brexit boleh ditarik balik?

Seperti yang kita semua tahu, majoriti daripada rakyat UK telah membuat keputusan untuk meninggalkan EU selepas menang tipis jumaat lalu. Namun begitu, hari ini persoalan “menarik balik keputusan referendum” menjadi topik hangat di sana pada hujung minggu ini. Sama-sama kita kupas untuk pemahaman situasi mereka ini :

Adakah keputusan referendum boleh ditarik balik?

Tak mustahil tapi dilihat agak tidak rasional. Keputusan referendum sememangnya boleh ditarik balik oleh Perdana Menteri baru selepas ini kerana tiada undang-undang mengatakan wajib mengikut keputusan refendum yang dikeluarkan. Dan UK boleh berunding kembali dengan EU untuk terus bersama dalam EU. Namun begitu, keputusan referendum ini telah diterima oleh pemimpin-peminpin EU dan mereka mahu UK mempercepat proses keluar bagi mengelakkan EU terus berada dalam keadaan ketidakpastian. Dan yang paling penting, mengabaikan undian 17.4 juta rakyat yang mengundi Brexit akan menimbulkan kekecohan.

telegram-moshed

Bagaimana pula dengan  petisyen untuk referendum kedua?

Sudah 3 juta orang rakyat telah menandatangani petisyen di laman web Parlimen untuk mengadakan undian kali kedua. Walaubagaimanapun, tiada sebarang cara untuk rakyat awam untuk mengadakan referendum kedua. Lagipun majoriti sudah berpihak kepada Brexit dan petisyen ini dilihat tidak akan diterima.

PetitionAdakah EU akan tawarkan UK untuk Tarik balik keputusan?

Tidak, tidak dan tidak sama sekali. Setakat ini German, Perancis dan Belgium telah memberi pendirian yang mereka mahu UK menguruskan urusan keluar daripada EU dengan segera.

Bila UK akan keluar dari EU secara rasmi?

Pertama, UK perlu laksanakan Article 50 of the Lisbon Treaty, mengambil masa 2 tahun untuk rundingan rasmi. Walaubagaimanapun, David Cameron telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu akan dilaksanakan oleh penggantinya, dan setakat ini dilihat Boris Johnson bakal menggantikannya. Kedua, setelah Article 50 dilaksanakan, tempoh 2 tahun diberikan. Berkemungkinan besar UK akan keluar daripada EU pada tahun 2018/2019.

EU boleh memaksa UK laksanakan Article 50 dengan cepat?

Tidak boleh. Hanya UK yang boleh buat keputusan bila untuk laksanakannya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register