banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Adakah Ketidakstabilan Harga Minyak Akan Kekal Berlarutan?

Adakah Ketidakstabilan Harga Minyak Akan Kekal Berlarutan?

Harga minyak mentah mencatat keuntungan di Asia selepas kebanyakan pelabur berhati-hati berkenaan ramalan bekalan yang semakin menurun. Ramalan ini mendahului anggaran industri terhadap stok simpanan Amerika Syarikat.

Institut Petroleum Amerika (API) akan mengeluarkan data anggaran terhadap stok minyak mentah AS dan stok bertapis pada lewat Selasa. Jabatan Tenaga Amerika Syarikat sendiri akan mengeluarkan anggaran yang lebih tepat serta dapat diakses pada hari Rabu.

Di New York Merchantile Exchange, WTI mentah untuk penghantaran bulan September meningkat kepada $ 43.23 setong. Di Intercontinental Exchange (ICE), Brent mentah untuk penghantaran Oktober melonjak 0.33% kepada $ 45.28 setong.

telegram-moshed

Crude futures dilaporkan jatuh mendadak pada hari isnin, merosot ke paras terendah dalam masa 3 bulan. Hal ini berikutan kebimbangan berterusan, berkaitan dengan lebihan bekalan global dan pengukuhan US Dollar.

Pada sesi Isnin, minyak mentah jatuh ke nilai terendah sejak April apabila pelabur bertindak balas dalam melanjutkan tanda-tanda lebihan bekalan di pasaran global.

Malahan, pada minggu lepas penganalisis dari Morgan Stanley mengeluarkan amaran terhadap lebihan bekalan produk bertapis. Hal ini demikian kerana stok petrol meningkat kepada tempoh 5 tahun lebih tinggi. Ini disebabkan inventori petrol di seluruh negara meningkat sebanyak 0.91 juta tong, berikutan kenaikan 4.1 juta dalam stok simpanan bahan api sulingan minggu sebelumnya. Trend ini diburukkan lagi dengan kebimbangan bahawa kilang penapis akan melambatkan kadar pembelian minyak pada minggu-minggu akan datang. Justeru, harga minyak mentah dilihat terus merudum.

“Trend permintaan minyak mentah menurun berbanding trend produk tapisan buat pertama kalinya dalam tempoh 3 tahun,” kata Morgan Stanley.

“Permintaan minyak mentah lebih penting berbanding baki aggregat produk tapisan. Memandang lebihan produk tapisan telah menurunkan margin produk tersebut, kami menjangkakan penyosotan permintaan minyak mentah pada bulan-bulan akan datang.”

Sebagai hasilnya, penganalisis meramalkan permintaan minyak mentah global akan meningkat sederhana sebanyak 625 ribu tong sehari pada tahun 2016. Angka itu jauh lebih rendah daripada ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

WTI mentah turut melonjak berikutan tanda-tanda ketidakseimbangan supply-demand semakin pulih.

Dalam laporan lain, kebanyakan pelabur memberi reaksi terhadap perkembangan Libya selepas Petroleum Guard Commander (PFG), Ibrahim Jathran mengumumkan penghentian sekatan terhadap 3 pelabuhan utama di negara Afrika Utara.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas pegawai-pegawai National Oil Corporation (NOC) Libya memberitahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa pembayaran kepada Jathran boleh menggalakkan kumpulan militan. Kumpulan ini dijangka mahu merampas kawalan minyak di seluruh negara dan ketara menerima bayaran rasuah dari kerajaan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register