728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi / GBP/USD

Adakah Lelaki Ini Akan Mengubah Ekonomi United Kingdom Malam Ini?

Adakah Lelaki Ini Akan Mengubah Ekonomi United Kingdom Malam Ini?

Minggu ini melihatkan 2 berita besar iaitu mesyuarat Bank of England pada malam ini dan laporan NFP Amerika Syarikat esok.

2 berita ini dilihat bakal memberi kesan yang sangat besar kepada matang US Dollar dan Pound Sterling.

Memberi tumpuan kepada England, pada Julai lalu penggubal dasar membuat perancangan akan melonggarkan dasar kewangan pada Ogos dan sekarang masanya telah tiba, GBP dilihat sangat stabil.

Amaran awal daripada Bank of England kepada pelabur akan ada berlakunya pelonggaran dasar kewangan dan ramai penganalisa akan membuat pemotongan interest rate sebanyak 25 mata.

Ada juga melihat kemungkinan pemotongan berlaku sehingga 50 mata atau menggabungkan pemotongan interest rate dengan pembaharuan pembelian bon.

Ketika krisis kewangan, Quantitative Easing (Pelonggaran Kuantitatif) adalah sangat penting namun dengan interest rate BoE yang sudah rendah, keberkesanan QE menjadi persoalan.

Dan ramai juga melihat BoE akan bertindak dengan QE tetapi bukan pada minggu ini.

Sejak keputusan referendum UK-EU dikeluarkan pada bulan lalu, Bank of England mengambil langkah drastik menstabilkan pasaran kewangan dan meningkatkan keluaran pinjaman dan ia berhasil.

Pasaran saham stabil, yield meningkat dan sentimen negatif pasaran kewangan makin pudar.

Antara yang membantu perkara ini adalah keputusan kerajaan untuk tidak menyentuh Artikel 50 sehinggalah 2 tahun kemudian dan ini mengurangkan risiko besar terhadap bisnes.

Jadi, central bank dilihat masih lagi boleh menunggu untuk melonggarkan dasar kewangan mereka jika adanya bukti yang ketara kepada penguncupan ekonomi.

Hari ini juga akan dikeluarkan laporan inflasi suku tahunan dan penggubal dasar memberi amaran akan berlaku kegawatan ekonomi yang diakibatkan oleh Brexit.

Sehingga hari ini Mark Carney tidak mengeluarkan kenyataan positif berkenaan dengan kestabilan pasaran kewangan.

United Kingdom masih lagi dalam kekusutan, perkembangan ekonomi mereka akan mula bergerak perlahan untuk bulan-bulan akan datang dan mungkin tahunan.

Pun begitu keadaan ekonomi dan kewangan tidaklah terlalu terdesak untuk Bank of England menyelenggara program QE mereka.

Penganalisa menjangkakan jika berlakunya pemotongan interest rate, ia akan dipotong hanya pada 25 mata dan akan memberitahu akan adanya pelonggaran dasar kewangan pada bulan-bulan akan datang.

UKDan jika berlakunya pemotongan interest rate ini maka kita akan melihat berlakunya short squeeze pada pasangan matawang GBP/USD yang membolehkan pelabur untuk short pada harga yang lebih tinggi.

Manakala jika berlakunya lebih daripada 25 mata, maka Sterling akan menjunam dengan agresif.

Tengoklah bilik kebal yang menyimpan 400,000 jongkong ini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register