Share This Post

Broker Review / Forex dan Komoditi / One Financial Markets

Adakah Nilai 1 Euro Bakal Bersamaan Dengan 1 US Dollar Pada Disember 2015?

Kedua-dua mata wang sedang menuju ke arah ‘parity’ iaitu persamaan nilai mata wang selepas Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi memberikan tanda-tanda awal bahawa beliau akan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi Eropah.

Bercakap pada Kongres Perbankan di Frankfurt, Mario Draghi berkata ECB bersedia untuk bertindak dengan segera supaya kadar inflasi negara-negara Eropah meningkat ke tahap tertentu.

“Jika kita membuat keputusan mengikut dasar perubahan semasa, ianya tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kita, kita perlu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk meningkatkan kadar inflasi secepat mungkin,” Draghi berkata.

Sehingga kini Euro semakin susut nilainya sebanyak 0.5% berbanding Dollar, didagangkan sekitar harga $1.07 untuk seunit Euro.
Oleh itu, Draghi mempunyai dua pilihan samaada untuk mengurangkan kadar faedah negatif ataupun menangguhkan program mencetak-wang. Untuk makluman semua, kini ECB telah membeli bon bernilai 60 biliion euros sebulan.

Pada masa yang sama, Federal Reserve dijangka akan mula menaikkan kadar faedah di Amerika Syarikat iaitu kenaikan pertama dalam tempoh sembilan tahun pada bulan Disember.

matawang-dollar-mencapai-parity

Ini bermakna Europe dan Fed akan mengambil langkah yang bertentangan. Kemungkinan pada 3 Disember, ECB akan mengambil langkah strategi yang akan menyebabkan euro melemah dan dollar menguat. Manakala Fed akan menguatkan US Dollar pada 16 Disember.

Kali terakhir nilai matawang US Dollar bersamaan Euro pada 13 tahun yang lalu. Dan harga tertinggi yang dicapai ialah pada bulan Julai 2008 dimana 1 Euro bernilai 1.60 US Dollar.

Penganalisis Goldman Sachs berkata ‘parity’ boleh berlaku sebelum akhir tahun ini. Manakala ada juga yang mengatakan akan terjadi pada awal tahun hadapan. Sama-sama kita tunggu adakah ini bakal terjadi ataupun tidak.

Paul Mortimer-Lee,Ketua Ekonomi di BNP Paribas berkata, walaupun kedua-dua matawang akan menuju ke arah ‘parity’ pada bulan Disember, euro mungkin akan menguat apabila ECB dan FED mula mengambil tindakan.

Jadi apabila nilai matawang US dollar menguat, harga barangan import akan lebih murah di Amerika Syarikat. Dan juga akan memberi kelebihan kepada rakyat Amerika untuk melancong ke luar negara. Selain itu. Ia juga akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat multinasional Amerika yang beroperasi di luar negara.

Trade Forex sambil melancong ke London, di taja oleh Forex Broker – KLIK SINI

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!