banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Adakah OPEC Bakal Menunaikan Janji?

Adakah OPEC Bakal Menunaikan Janji?

Harga minyak mentah didagang melemah berikutan pertambahan aktiviti penggerudian di AS.

Di New York Merchantile Exchange (NYMEX), minyak mentah merosot kepada $50.21 setong. Harga brent mentah juga dikatakan merudum dalam sesi dagangan ini.

Harga minyak jatuh pada minggu lepas, namun masih berada di paras tertinggi bagi minggu keempat berturut-turut.

telegram-moshed

Kenaikan harga berterusan ini berikutan persetujuan OPEC yang ingin mengehadkan pengeluaran kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong minyak mentah sehari.

Pun begitu, 14 anggota hanya akan memuktamadkan persetujuan itu di Vienna dalam mesyuarat yang bakal dilangsungkan pada 30 November.

Brent mengekalkan keuntungan selepas laporan bulanan OPEC pada Rabu mendedahkan bahawa pengeluaran minyak meningkat pada bulan September kepada tahap tertinggi selama 8 tahun.

Trader masih memberi tumpuan aktiviti penggerudian disamping tahap pemulihan yang berterusan.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga, walaupun data sebelum ini menunjukkan peningkatan minyak mentah kali pertama dalam tempoh enam minggu, data mingguan masih dilaporkan mengalami pengurangan drastik.

Analisa Teknikal Mingguan 17-21Oktober 2016

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register