banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Adakah Penawaran Lesen Minyak dan Gas yang Baru Akan Mengubah Lanskap Minyak Mentah Britain?

Adakah Penawaran Lesen Minyak dan Gas yang Baru Akan Mengubah Lanskap Minyak Mentah Britain?

Britain telah mengurangkan bayaran sewa sehingga 90% dalam tender terkini untuk lesen minyak dan gas di Laut Utara. Pengurangan itu dilancarkan pada Rabu sebagai usaha untuk menarik syarikat-syarikat ke dalam bidang itu.

Syarikat-syarikat kini boleh memohon lesen yang lebih murah dan fleksibel untuk mendapatkan akses terhadap 1,261 blok pada 26 Oktober. Ia kemudiannya diikuti dengan pengeluaran lesen oleh Lembaga Minyak dan Gas (OGA) pada masa akan datang.

Pemburuan medan minyak dan gas terbaru di bahagian Utara Laut British dijangka menurun ke tahap yang paling rendah dalam jangka masa 45 tahun pada tahun ini. Syarikat-syarikat tenaga telah menurunkan belanjawan penerokaan disebabkan oleh harga minyak yang rendah.

Walaupun ia merupakan lembangan lama, Utara Laut Britain dianggarkan mempunyai berbilion-bilion tong untuk proses pengekstrakan. Kesemua ini menyumbang kira-kira 200 bilion pound kepada tabung kerajaan British.

Menurut lesen terkini yang dikeluarkan, ia menawarkan akses ke kawasan baru dalam wilayah Rockall Trough. Wilayah ini terletak di pertengahan Utara Sea High dan Timur Shetland. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada impak kempen percubaan yang dibiayai kerajaan pada awal tahun ini.

“Kami menyedari bahawa keadaan pasaran pada masa ini amat sukar. Namun, kita perlu berkongsi matlamat yang sama demi menjadikan lembangan ini tempat yang menarik untuk diteroka,” kata Andy Samuel, Ketua Eksekutif OGA.

Kontrak Pengawalan Minyak dan Gas ini berubah melalui pengurangan bayaran lesen bagi sesetengah kes sehingga 90% bagi setiap kilometer persegi. Jadi, kontrak ini membolehkan peneroka lebih fleksibel dalam menjalankan kerja-kerja tertentu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register