banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah Pencen Akan Berkurang Jika Kerugian Demi Kerugian Yang Dialami? Isu Ini Sangat Merisaukan

Adakah Pencen Akan Berkurang Jika Kerugian Demi Kerugian Yang Dialami? Isu Ini Sangat Merisaukan

Menurut Bloomberg, dana pencen terbesar dunia mengeluarkan prestasi terburuk telah berlaku sejak krisis kewangan global yang diakibatkan oleh kerugian daripada pergerakan matawang dan kerugian dalam pasaran saham.

Government Pension Investment Fund atau GPIF negara Jepun yang asalnya bernilai $1.3 trillion telah mengalami kerugian sebanyak 3.8% iaitu sebanyak $51 billion sehingga 31 Mac tahun ini.

Menurut pegawai persaraan jumaat lalu di Tokyo, kerugian ini adalah yang terbesar sejak 31 Mac 2009.

Penurunan saham Jepun sehingga Mac adalah 13% manakala Yen melonjak naik sebanyak 6.7% melawan US Dollar yang menyebabkan pengurangan pelaburan luar negara.

Aset yang memberi keuntungan hanyalah hutang domestik.

Apa yang berlaku kepada dana pencen adalah GPIF telah menggandakan pelaburan mereka ke dalam pasaran saham namun diakibatkan penurunan saham dan kenaikan Yen menyebabkan mereka mengalami kerugian yang teruk.

“Keseluruhan daripada keadaan sekarang sangat membimbangkan. Kerana ia adalah dana pencen jadi ia perlukan sudut panjang untuk tempoh yang lebih lama, jadi mereka harus elakkan daripada mengambil risiko yang terlalu besar. Ini adalah pelaburan yang sangat berbahaya”, kata Masahiro Ichikawa, perangka strategi Sumimoto Mitsui Asset Management Co.

Dalam satu sesi temubual selepas keputusan diumumkan, Presiden GPIF Norihiro Takahashi memberitahu akan memantau dan mengkaji semua prestasi pelaburan.

Tambahan lagi, portfolio sedia ada masih lagi mempunyai fleksibiliti yang cukup untuk menghadapi keadaan pasaran yang berbeza dan beliau mahukan dana dijalankan secara stabil.

Akio Yoshino, ketua ahli ekonomi Amundi Japan Ltd. memberitahu, “Kerugian sebenarnya telah dijangkakan, cuma apa yang lebih menarik adalah adakah isu ini akan digunakan sebagai propaganda politik atau disalahgunakan”.

Menurut Presiden DPJ Katsuya Okada, “Sudah beberapa kali kami memberitahu adalah sangat bermasalah jika melabur dalam pasaran saham, dan berisiko tinggi, dan akhirnya situasi yang kami takuti telah berlaku dan ini boleh memberi kesan yang kurang baik iaitu pengurangan kepada pencen akan datang”.

Para pelabur pula memberitahu yang GPIF harus kekal pada landasannya sekarang.

Ketua ahli strategi pasaran Resona Bank Ltd. pula berkata, “Mereka mengambil risiko yang lebih dan jika ada keuntungan, akan ada lebihan, namun akan ada masa akan berlakunya kerugian dan itu tidak dapat dielakkan”.

Rakyat Jepun dikatakan mula risau dengan isu ini dan berharap agar dana pencen akan bertambah semula bagi mengelakkan kekurangan pencen bagi masa akan datang.

Billionaire ini kongsi tips berjaya dalam hidup. Klik sini untuk baca.

Share This Post

Lost Password

Register